Monday, 21 July 2014

Cerpen Bukan Kerana Dendam

          




















Siapa yang tidak ingin bahagia? Di mana terletaknya kebahagian itu? Terpulang kepada individu untuk menilai di mana terletaknya bahagia itu. Memang lumrah dunia, tak semua manusia dapat merasai kebahagiaan itu.
Bagi Sara, hidupnya tidak pernah bahagia. Pada Mak Temah la dia mengadu nasib. Bekas pembantu rumahnya yang telah dipecat kerana menasihati ibu Sara, Datin Mariam agar memberi lebih perhatian terhadap Sara. Selepas tamat pengajian, Sara dipaksa berkahwin. Keluarganya menganggap dia sebagai beban dalam keluarga. Suaminya tidak menyintainya langsung. Tambahan pula, suaminya itu mencintai perempuan lain. Sara tetap sabar. Kerana mengasihani Sara, Mak Temah mengambil Sara sebagai anak angkat. Yuran pengajian Sara juga ditanggung oleh keluarga Mak Temah. Oleh itu, Sara terhutang budi. Kasih sayang Sara terhadap keluarga angkatnya amat dalam. Dia lebih disayangi oleh keluarga angkatnya berbanding keluarga kandung sendiri.
“Esok, kau tak payah turun kerja lagi. Aku pecat engkau. Erina yang akan ganti tempat kau nanti. Lagipun, kau memang tak layak kerja dengan aku. Dahlah skema, bodoh pulak tu! Pakai baju pun baju yang dah lusuh. Nama je anak orang kaya, tapi selekeh! Eh, kalau macam ni la gaya kau lebih baik jadi pengemis kat jambatan tu.” Ray memaki hamun Sara. Sara hanya menundukkan muka ketika suaminya bersuara. Tangisannya terpaksa ditahan.
“Tapi, dia kerja dengan abang Zahid. Lagipun, abang Zahid tu suami dia. awak suami saya. Apa salahnya saya kerja dengan awak?” Sara mempertikaikan keputusan Ray.
“Kau siapa nak persoalkan keputusan aku? Sedarlah diri tu sikit. Kau tu isteri aku, kena ikut cakap aku! Faham! sibuk je hal orang, hal sendiri pun tak terurus. Aku keluar lagi bagus daripada menghadap muka bangang kau ni!” Ray menolak-nolak kepala Sara.
Ray menghempas pintu bilik mereka. Sara menangis teresak-esak. Keputusan keluarga yang menjodohkannya dengan seseorang yang amat membencinya sejak kecil cukup menyakitkan. Pada usia 25 tahun, Sara sudah memperoleh banyak pengalaman walaupun masih muda.
Sara tidak pernah berdendam terhadap keluarga kandungnya. Terlalu baik payah juga, jadi jahat pun bukannya senang. Setiap kebaikan yang Sara lakukan hanya dipandang sebelah mata. Kehadiran Erina dalam keluarga suaminya menambah luka di hati. Wanita yang menjadi pujaan suaminya. Kini, bergelar kakak ipar kepada Ray.
“Sara, mummy nak pergi shopping dengan Erina. Esok dia dah start kerja. Tak ada la masa nak layan mummy lagi.” Datin Salma memaklumkan kepada menantunya itu terlebih dahulu sebelum keluar rumah.
“Mana mummy tau kak Erina kerja esok?” Sara tertanya-tanya. Padahal baru tadi Ray memberitahunya tentang hal itu.
“Ray yang bagi tau kami pagi tadi. dia cakap Sara dah taknak kerja lagi. So, dia ikut je la. Erina ni tak boleh duduk diam je kat rumah. Ye la orang berpelajaran kan, takkan nak duduk rumah je? Lulusan dari luar negara pulak tu.” Datin Salma sengaja menyindir Sara.
Keluarga mertua Sara tidak pernah tahu tentang kelulusan yang dimiliki oleh Sara. Ibu bapa Sara sendiri tidak pernah memberitahu mereka. Sara turut mendiamkan diri. kalau diberitahu nanti, orang cakap riak pulak. Baginya, lebih baik drahsiakan sahaja tentang taraf pendidikannya. Ray tidak perrnah membawa Sara berjumpa dengan klien dari luar negara. Ray beranggapan bahawa Sara hanya belajar setakat tamat sekolah menengah sahaja. Tanpa diketahui sebenarnya Sara juga pelajar lulusan luar negara dalam bidang undang-undang. Kalau diikutkan, Sara lebih bijak daripada suaminya mahupun Erina.

“Mummy, kenapa cakap kat Sara macam tu? tak baik la.” Erina sengaja memancing perhatian Datin Salma.
“Alah, mummy saja je! Biar dia sedar diri sikit. Kalau belajar setakat form 5 pun boleh jual ke sijil tu? kalau lulus tak apa, kalau gagal? lainlah menantu kesayangan mummy ni. dahlah cantik, fashionable, bijak. Tak macam menantu yang seorang lagi tu. mummy tengok muka dia pun naik muak.” Datin Salma sentiasa membanding bezakan kedua-dua menantunya itu. Erina tersenyum bangga.

Sara termenung sendirian di dalam bilik. Dia masih teringatkan kata-kata Datin Salma yang mengatakan Sara tidak mahu bekerja lagi.
“Sejak bila pulak aku cakap aku tak nak kerja lagi? Haih... Mungkin, Ray nak habiskan masa dengan Erina. Sebab tu dia sengaja pecat aku. He will never love me. Erina is his true love.” Sara berbicara kepada dirinya sendiri.
Setelah beberapa minit merehatkan diri, Sara turun ke tingkat bawah. Kemudian, menuju ke dapur. Beberapa bahan masakan dikeluarkan dari peti sejuk.
Sara lincah melakukan kerja-kerja dapur. Sara sering pulang ke kampung keluarga angkatnya. Mak Temah telah memberi didikan yang baik kepada Sara. Sara mahir memasak atas tunjuk ajar Mak Temah dan anak perempuan Mak Temah, Sakinah.

“Kikin! Kikin oi! Dah masak ke?” Mak Temah melaung-laungkan nama anak daranya itu yang kini bekerja sebagai guru tadika di sebuah tadika berdekatan dengan kampung mereka.
“Dah, ibu. Kenapa jerit-jerit nama orang ni ibu? Malu la kalau orang dengar.” Rajuk Sakinah.
“Kamu ni, kalau ibu panggil lembut-lembut bukan nak keluar pun. Asyik menghadap laptop je kerjanya. Busy memanjang.” Mak Temah mempertahankan dirinya.
“Amboi, bu! Pandai cakap orang putih ya. Ibu,” Sakinah sempat mengusik ibunya.
“Ya?” Mak Temah memandang Sakinah.
“Semalam, Sara ada call Kikin. Dia cakap hujung minggu ni dia nak balik sini.” Sakinah memberitahu ibunya.
“Sara? Dia apa khabar? Lama dah dia tak balik sini. Dekat dua bulan juga la kan?” wajah Mak Temah nampak gembira.
“Dia khabar baik,bu. Ibu tau la kan. Anak ibu yang sorang tu kalau ada masalah bukan nak cerita kat kita. Kalau tak Kikin pot pet pot pet korek cerita memang kita takkan tahu.” Sakinah bercakap bagaikan tiada koma tiada noktah. Seperti murai dicabut ekor.
“Laju benar kamu ni bercakap. Macam dikejar hantu.” Tegur Mak Temah.
“Sorry. Dah biasa. Kikin masuk dulu la. Masih ada kerja lagi nak buat.” Sakinah tersengih-sengih.
“Ada lagi? Ibu ingatkan dah habis tadi.” Mak Temah mengerutkan dahinya.
“Sikit je lagi tinggal,bu. Nak print gambar je lagi.” Sakinah masih berdiri di ambang pintu.
“Gambar apa  lagi yang kamu nak print?”
“Gambar untuk budak-budak tu warna esok.”
“oh! Ye la. Ibu pun nak masuk ni.” Mak Temah menaiki tangga perlahan-lahan. Tenaga yang dimiliki sudah berkurangan kerana peningkatan usia.
“Kikin buat minuman untuk ibu dulu la.” Sakinah menawarkan diri.
“Ye la. Wan dan Faiz belum balik lagi ke?” Mak Temah bertanya tentang Iwan dan Faiz. Kedua-duanya adalah anak teruna Mak Temah yang berusia 15 dan 16 tahun.
“Masih main bola kat padanglah agaknya, bu.” Jawab Sakinah.
Mak Temah dikurniakan empat orang cahaya mata. Hasil perkongsian hidup bersama dengan arwah suami tercinta, arwah Pak Samad.

Sara menghidangkan makanan untuk mereka sekeluarga. Pembantu rumah turut membantu Sara menghidangkan makanan. Datin Salma duduk menghadap makanan yang telah terhidang. Bibirnya mencebik. Datin Salma menutup hidungnya. Setelah kesemua mereka duduk di meja makan, berulah mereka makan.
“Ni je ke? Siapa yang masak hari ni, bibik?” Datin Salma tidak menyukai makanan yang telah disediakan.
“Sara yang masak tadi, mummy.” Jawab Sara.
“Patutlah,” bisik Datin Salma.
“Tak apalah. Mummy rasa mummy nak makan kat luar je la. Tekak mummy ni loya tau kalau makan makanan macam ni. telur masin, pucuk paku, pucuk ubi. Mummy tak pernah makan semua ni.” Datin Salma langsung tidak memikirkan tentang perasaan Sara.
“Erina pun tak ada selera nak makan semua ni. erina nak ikut mummy la.” Erina juga tidak mahu makan makanan yang telah dimasak oleh Sara.
“Kau ni memang bangang atau buat-buat bangang? Dah tahu kami tak biasa dengan makanan macam ni, masih juga nak masak. Susahlah dengan orang bengap macam ni.” tengking Ray. Tiada seorang pun yang menyokong Sara.
Akhirnya, tinggal Sara seorang di meja makan. Seleranya sudah hilang. Yang lain sudah keluar. Sara masuk ke dalam bilik. Air matanya mula menitis apabila teringatkan layanan keluarga mertuanya terhadap dia. setelah puas menangis, Sara mengesat air matanya.
“Let it be. Sekarang ni, apa yang penting ialah aku kena cari kerja. Ray tak mungkinlah nak bagi aku duit tiap-tiap bulan. Kalau dalam sebulan dia ada bagi duit dah kira bagus tu. tapi... nak harapkan duit simpanan aku? Berapa la sangat? Nak harapkan along? Tak payahlah. Dia dah banyak tolong aku dulu. Nak kerja kat syarikat papa bukannya papa suka pun. Mama pun macam tu. semua orang bergantung pada abang Bad je.” Sara runsing memikirkan masalahnya. Keluarganya tidak mungkin mahu menolongnya.
Sara sukar untuk melelapkan mata. Dia duduk di atas sofa mini yang berada membelakangi tingkap. Mencari pekerjaan pada zaman sekarang bukanlah sesuatu yang mudah. Ray sudah nyenyak tidur. Sara memandang suaminya yang sedang lena dibuai mimpi itu.
‘Betulkah dia ni jodoh aku? Ya Tuhan, sekiranya dia jodohku bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku. Tapi, kalau bukan, bukakanlah pintu hatiku untuk merelakan dia pergi dari hidupku.’ Sara memanjatkan doa kepada Tuhan di dalam hati.
Sara membaringkan badannya di sofa. Akhirnya dia terlelap.
Bunyi jam loceng Ray tidak menyebabkan tidur Sara terganggu. Ray bermalas-malasan di atas katil kerana masih mengantuk. Matanya terpisat-pisat. Kelihatan isterinya masih nyenyak tidur di atas sofa tanpa selimut.
“Kau tidur situ rupanya. Patutlah aku macam selesa je tidur malam tadi... Hoi, bangunlah! Dah pagi dah ni. kau dengar tak?” Ray meninggikan suaranya. Tetapi, Sara kelihatan masih nyenyak.
“Oh, taknak bangun ya! Kau tunggu jap.” Ray bergegas ke bilik air.
Ray membawa segayung air untuk menyimbah Sara. Belum sempat disimbah, Sara sudah terbangun. Deringan telofon bimbit mengganggu tidurnya. Ray mencuri dengar perbualan antara Sara dengan si pemanggil.
“Hmh.. Kak Kikin. Ada apa call ni?” Suara Sara agak serak kerana baru bangun.
“Kau baru bangun ke? Kau dah tak kerja lagi?” Sakinah bertanya cemas. Seperti biasa,cepat gelabah tak tentu pasal.
“Ha’ah. Sara dah kena pecat.” Sara berterus-terang kepada Sakinah tanpa menyedari kehadiran Ray.
“Siapa yang pecat kau? Sebab apa?” Sakinah bertanya dua soalan sekaligus.
“I don’t have to tell you who fired me. You know the answer. And I don’t know why am I being fired? Kak nak sambung tidur dulu la. Bye!” Sara memutuskan talian dan kembali melayani tidurnya.
“Budak tak habis sekolah ni pun pandai cakap english?” Ray mengeluh sendiri.
“Hoi, kau taknak bangun ke? Dah pukul berapa sekarang?” Ray menghampiri Sara. Isterinya langsung tidak peduli.
Air segayung disimbahkan kemuka Sara. Sara terkejut lalu terus bangun. Ray tersenyum puas.
“kenapa awak simbah saya?” soal Sara.
“Siapa suruh kau tak bangun-bangun? Dah berapa kali aku bangunkan kau. Sekarang ni, aku nak kau iron baju aku,sediakan neck tie dan stoking aku. Aku tahu lepas aku mandi nanti semua tu dah siap. Kalau tak, nahas kau. Faham!” bentak Ray.  Terhinjut bahu Sara kerana terkejut.
“Ok,” jawab Sara perlahan.
          “Aku nak tanya kau. Siapa yang call kau tadi?” Ray bertanya serius. Sara sibuk menyelak baju suaminya satu persatu.
          “Kakak saya.” Jawab Sara tanpa mengalihkan pandangannya.
          “Kau mana ada kakak. Kau ada abang je. Kau jangan nak tipu aku la.” bantah Ray.
          “Saya memang ada kakaklah.” Balas Sara.
          “Sejak bila pulak kau ada kakak?” Ray mulai curiga.
          “She is Mak Temah’s daughter. Don’t you know that I am Mak Temah’s adopted daughter? Oh, I’m sure that my parents did not telling you and your family about that,right? By the way, Mak Temah is our ex-maid. Still remember?” Ray ternganga mendengar Sara bercakap dalam bahasa inggeris.
          “Dari mana kau belajar bahasa inggeris ni?” Ray tidak berhenti bertanya.
          “Sekolah,” jawab Sara ringkas. Kemudian, meneruskan tugas menyeterika baju kemeja suaminya.
          Ray tidak mahu berfikir mengenai perkara yang diceritakan Sara. Tombol pintu bilik air dipulas perlahan. Sebaik kakinya melangkah ke dalam bilik air, Ray segera mengunci pintu. Sara menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat suaminya.
Setengah jam kemudian, Ray keluar dari bilik air. Sara sudah tiada di dalam bilik. Mata Ray melilau-lilau mencari kelibat isterinya. Kemudian terlihat pakaiannya sudah tersedia. Kemas dan lengkap. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya.
          Sara menguak pintu bilik. Kepalanya menjengaah masuk. Ray terkejut dengan kehadiran Sara. Melihat suaminya masih bertuala, Sara segera menutup pintu. Walaupun sudah genap setahun berkahwin, Sara masih janggal dengan hal-hal seperti itu.
          “Kenapa dengan dia tu? malu ke? Dengan suami sendiri pun dia nak malu jugak ke?” Ray berbisik sendirian.
          Sara mundar-mandir di hadapan bilik mereka. Rambutnya masih belum kering. Belum sempat mengambil tuala dia dah keluar. Beberapa minit kemudian, Ray membuka pintu. Sara agak terkejut. Tanpa berlengah, Sara segera masuk. Ray memerhatikan sahaja isterinya masuk. Sambil menutup butang bajunya, dia tercari-cari kelibat Erina.
          “Awak cari saya?” Erina muncul tiba-tiba. Ray tersenyum tatkala memandang Erina.
          “Of course,sayang. Nanti awak tumpang saya, ok?” Ray mencuit pipi Erina.
          Sara menahan perasaannya melihat Ray bermesraan dengan kakak iparnya itu. Perlahan-lahan, Sara mendekati mereka berdua.
          “Ray, your brief case.” Sara menghulurkan brief case Ray yang tertinggal. Ray menyambutnya dengan wajah yang berkerut.
          Erina tersenyum sinis memandang Sara. Zahid yang baru sahaja keluar dari bilik turut menghampiri mereka.
          “Korang belum turun lagi ke?... Sara baru mandi ke? Rambut basah. Tapi, kenapa masih pakai baju tidur?” tanya Zahid tatkala terpandang Sara.
          “Sara sakit kepala tadi sebab tu basahkan rambut. Biar kepala sejuk sikit.” Jawab Sara acuh tak acuh.
          Ray berpaling ke arah Sara.
          ‘Dia tak marah ke aku simbah dia dengan air tadi? hati jenis apa dia ni tak pernah nak marah?’ getus hati kecil Ray.
          “Sekarang dah ok?” soal Zahid yang nyata lebih risaukan Sara berbandign dengan suaminya sendiri.
          Sara mengangguk seraya tersenyum paksa. Sara membiarkan ketiga-tiga mereka turun terlebih dahulu. Dia bercadang mahu mandi sebelum bersarapan. Selepas bersarapan, Sara hendak keluar mencari pekerjaan.
          Selesai mempersiapkan diri, Sara turun ke tingkat bawah.  Ruang tamu lengang. Tiada sesiapa pun yang berada di tingkat bawah. Sara berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur.
          “Bibik, mana mummy? Kenapa senyap je ni? dia dah keluar?” tanya Sara kepada Bibik.
          “Enggak tau, cik Sara. Tadi Datin Salma tidak bersarapan kok.” Tutur bibik lembut seraya menuangkan air teh untuk Sara.
          “Ada apa cari mummy?” Datin Salma muncul entah dari mana.
          “Eh, mummy! Tak ada la, mummy. Sara ingatkan mummy dah keluar tadi,” lembut suara Sara berbicara dengan ibu mertuanya.
          “Macam mana mummy nak keluar, Erina kan dah kerja.” Jawab Datin Salma seraya tersenyum. Nasi goreng disuapnya penuh selera.
          “Sara kan ada. Kalau mummy nak keluar, cakap je kat Sara. Biar Sara teman mummy.” Sara menawarkan diri. ikhlas.
          “You don’t have to. Look into yourself. Your outfit is so outdated. Even our maid know about fashion more than you. Lain kali je la, ye?” Datin Salma sengaja berbahasa inggeris kerana baginya Sara langsung tidak mengerti apa yang dia katakan. Sara menundukkan muka.
          “ok. Mummy, lepas ni Sara nak keluar. Mummy nak pesan apa-apa tak?” Sara berpura-pura tidak memahami kata-kata Datin Salma. Ibu mertuanya itu tersenyum puas.
          “Tak. Nak keluar ni untuk apa?” tanya Datin Salma.
          “Nak cari kerja.”
          “oh, nak cari kerja! Baguslah. Kalau tauke supermarket terima Sara bekerja dah kira bagus tu, kan?” sindir Datin Salma. Sara mengalihkan pandangannya.
          “Tak apalah, mummy. Sara pergi dulu la.” Sara menyalami tangan Datin Salma terlebih dahulu. Sebaik sahaja berada di luar rumah, Sara terus menangis.

          Badrol meneliti dokumen yang telah disiapkan oleh pekerjanya. dia sangat teliti menyemak hasil kerja pegawainya. Ketelitiannya menyebabkan para pekerja takut untuk melakukan kesilapan.
          “Bad, papa nak bincang sesuatu dengan Bad.” Datuk Mazlan memulakan bicara.
          Badrol mengangkat muka memandang ayahnya.
          “Apa dia, pa?” tanya Badrol sopan.
          “Tentang Sara.” Jawab Datuk Mazalan menjawab ringkas.
          “Kenapa dengan Sara?” Badrol mula merasa hairan.
          “Dia dah kena pecat suami dia. sekarang ni dia dah tak kerja lagi. Kalau dia datang sini nak minta kerja, cakap je kat dia sini tak ada jawatan kosong.” Arah Datuk Mazlan.
          “Pasal tu, papa jangan risaulah. Bukannya susah pun. Bad akan pastikan si lembab tu tak datang sini.” Badrol dan ayahnya tersenyum sumbing. Datuk Mazlan menunjukkan ibu jarinya kepada Badrol.
         
          Sara bertungkus-lumus mencari pekerjaan. Walaupun telah banyak kali permohonannya ditolak, Sara tetap tidak berputus asa. Kebanyakannya mengatakan alasan yang sama kepada Sara.
          “Maaf, cik. Syarikat saya ni syarikat kecik. Gaji kat sini pun tak tinggi sangat. Tak bersesuaian dengan kelulusan yang cik miliki. Lagipun, cik ni graduan luar negara. Saya rasa tempat ni tak sesuai untuk cik.” Pegawai wanita yang bernama Latifah itu berterus-terang kepada Sara.
          “Tapi, saya sanggup buat apa saja kerja yang cik beri.” Berkerut-kerut dahi Sara.
          “Maaf, cik. Saya betul-betul tak dapat ambik cik kerja dengan saya.” Jelas Latifah.
          “Saya tak kisah tentang semua tu. Saya sanggup buat apa sahaja. Percayalah!” rayu Sara.
          Latifah menggeleng-gelengkan kepala. Sara terpaksa mengalah. Sara sudah nekad untuk pergi ke butik ibunya. Apa sahaja yang bakal berlaku, dia pasrah.
          “Tak boleh. Kau tau kan mama tak suka kau kerja dengan mama?” bentak Datin Mariam. Kebetulan para pekerjanya tidak berada di situ.
          “Tapi, mama. I really need a job. Tolonglah, ma.” Rayu Sara.
          Sara mengekori ke mana sahaja ibunya pergi. Datin Mariam menyelak setiap helaian baju yang baru sampai.
          “Mama cakap tak boleh. Kau jangn degil. Jangan sampai penampar mama sampai kat muka engkau nanti.” Ugut Datin Mariam. Mendengar ugutan itu, Sara mengundur diri kerana bimbang akan dicederakan oleh Datin Mariam.
          Fikirannya kusut. Pelbagai ikhtiar telah dilakukannya. Namun, semuanya tidak berhasil. Mahu pergi ke syarikat-syarikat besar tidak mungkin orang mahu mengambilnya bekerja. Dia hanya memakai seluar jeans dan baju t-shirt lengan pendek. Sara merehatkan diri di sebuah bangku kecil yang berada di sebuah taman rekreasi. Tiada seorang pun manusia yang berada di situ kecuali Sara. Keadaan sungguh sunyi. Dia cuba untuk menenangkan fikiran. Sara merasa serba salah untuk menghubungi abangnya, Badrol mahupun ayahnya.
          “Hello,abang,” sapa Sara.
          “Ada apa kau call aku ni? kalau nak minta kerja, tak payah nak call aku. Buang masa je layan kau.” Sahut badrol di hujung talian.
          “Abb... Abang?” belum sempat Sara menyatakan tujuannya, panggilan telah diputuskan oleh Badrol.
          Sara menghubungi ayahnya pula. “Hello,pa!” sapa Sara sopan.
          “Papa tengah busy sekarang ni,” Datuk Mazlan menghempas gagang telefon.
          Sara kecewa. Dia pulang dengan perasaan hampa. Ketika sampai di rumah, keluarganya sedang menjamah makan malam. Tiada sesiapa yang mengendahkannya.
          “Lewatnya balik. Kerja apa yang Sara dapat sampai balik lambat macam ni?” Datin Salma sengaja menyindir Sara. Datuk Hamid berdehem sebagai isyarat menegur sikap Datin Salma. Isterinya mencebikkan bibir.
          “Sara tak dapat kerja, mummy,” Sara menjawab dengan suara yang lemah.
          “Haih, takkanlah tauke kedai makan dan tauke supermarket taknak terima Sara bekerja.” Datin Salma semakin galak menyindir Sara.
          Sara membiarkan sahaja kata-kata ibu mertuanya itu seperti angin lalu. Kemudian, mengatur langkahnya menaiki anak tangga. badannya terasa lenguh. Amat penat. Seharian keluar tapi tiada apa-apa yang diperoleh.
          “Tengoklah menantu kesayangan awak tu. saya belum habis cakap dia dah naik atas. Kurang ajar betul!” marah Datin Salma.
          “Dia kan letih. Faham-faham je la.” pujuk Datuk Hamid
          “Letih apa ke bendanya? Cari kerja je pun, bukan susah mana pun.” Tingkah Datin Salma.
          “Kalau macam tu, awak pergilah cari kerja esok.” Datuk Hamid tidak suka isterinya bersikap seperti itu terhadap Sara. Sikap Datuk Hamid tidak menentu. Kadang-kadang baik terhadap Sara. Kadang-kadang, memberi layanan yang buruk terhadap Sara.
          “Sebab tu la perempuan tu makin naik minyak. Awak suka sangat nak sebelahkan dia.” Datin Salma meninggikan suara.
          “Perempuan yang awak cakap tu, menantu awak juga.” Sindir Datuk Hamid.
          “Mummy, daddy kalau nak bergaduh tunggulah lepas makan. Depan rezeki nak bergaduh juga ke?” Ray menegur sikap ibu dan ayahnya. Perbalahan mereka terhenti. Suasana kembali senyap.
          Sara mencapai tuala mandinya. Dia berjalan malas menuju ke bilik air. Selesai mandi, Sara terus mengambil baju tidur berwarna biru gelap kegemarannya. Selesa mengenakan pakaian, Sara menekan nombor Nazim atau along.
          “Hello, along!” Sara menyapa Nazim terlebih dahulu.
          “Hello. Kenapa call along malam-malam ni?” sahut Nazim.
          “Along... Ada tak kerja kosong kat sekolah along tu?” Sara tidak mahu berbasa-basi dengan abangnya.
          “Kerja kosong? Kenapa? Ada orang nak minta kerja ke?” Nazim mengerutkan dahinya.
          “Bukan orang lain. tapi, Sara yang nak minta kerja. Ray dah pecat Sara. Sara pun tak tahu kenapa dia pecat Sara.” Sayu suara Sara.
          “Sara, Sara... Along bukan taknak tolong, tapi rasanya kat sekolah tu belum ada jawatan kosong lagi. Cuba tanya Kikin.” Cadang Nazim.
          “Tengoklah nanti. Inform Sara terus kalau ada kerja kosong kat sekolah tu,ok? I really need a job. Duit along pun Sara belum bayar lagi,” Sara bersuara lemah.
          Tiba-tiba pintu bilik ditolak kasar. Sara terkejut besar. Rupa-rupanya Ray yang menolak pintu tadi.
          “Kau hutang dengan along,eyh!” bentak Ray. Suaranya dapat didenagri oleh Nizam dengan jelas.
          “I’ll call you back. Ok? Bye!” Sara segera mengakhiri perbualan dengan abangnya.
          “Alright. Bye!” sahut Nazim yang mulai risau tentang Sara.
          Sara segera menutup pintu. Ray memandangnya dengan pandangan yang tajam.
          “Aku tanya kau ni, jawablah! Kau hutang dengan along kan?” tengking Ray. Sara menjadi sedikit gelisah.
          “Saya tak hutang dengan along,” jawab Sara takut-takut berani.
          “Habis tu, yang kau cakap tadi tu apa? Kau cakap kau belum bayar duit along.” suara Ray semakin tinggi.
          “Saya maksudkan abang Nazimlah. Dia abang saya.” Sara berkata jujur.
          “Tipu! Kau ada seorang abang je dan kau tak pernah panggil dia along. Dan nama dia bukan Nazim!” Semakin keras nada suara Ray.
          “Memang saya ada seorang abang. Tapi, dia tak pernah anggap saya adik dia. abang Nazim yang bukan abang kandung saya pun lebih sayangkan saya. Dia tu anak sulung Mak Temah. Saya ni adik angkat dia yang sah. Saya dah pernah cakap kan yang saya ni anak angkat Mak Temah?” terang Sara panjang lebar. Air mata mulai menitis.
          “Kau ingat aku percaya ke? Entah-entah, dia tu kekasih gelap engkau.” sinis Ray berbicara. Kini, Sara membelakanginya.
          “Terpulanglah awak nak percayakan saya ke tak. Tapi, apa yang pasti, saya nak balas budi baik along.” Sedu-sedan suara Sara.
          “Apa maksud kau ni?” tanya Ray yang sudah mulai kehairanan.
          Sara kembali memandang Ray. Kemudian, dia duduk di atas sofa mini di dalam bilik mereka. Ray duduk menghadapnya.
          “Along dah banyak berkorban. Walaupun dia tahu dia banyak tanggungan, tapi dia masih nak menyara hidup saya dan menanggung perbelanjaan persekolahan saya. Sedangkan saya anak orang berada.” Sara memulakan ceritanya.
          “Takkan mama dan papa tak beri kau duit.” Ray cuba meneka.
          “Memanglah papa dan mama beri saya duit tapi itu pun sebelum saya diambil sebagai anak angkat oleh Mak Temah. Ibu berpenat lelah mencari nafkah untuk menyara kehidupan keluarga. sebab tu kadang-kadang saya tolong mereka. saya gunakan duit yang mama dan papa bagi. Tapi, bila mama dan papa tahu, mereka terus mengamuk. Mereka mengugut taknak beri saya duit lagi. Sebab tu along sanggup berkorban untuk menanggung segala perbelanjaan persekolahan saya dan menyara kehidupan keluarga. Walaupun saya dah jadi anak angkat ibu yang sah, saya masih tinggal dengan mama dan papa. Along yang lebih banyak mengeluarkan duit untuk menyara hidup saya. Saya dah macam anak terbuang.” Sara tidak mampu meneruskan kata-kata. Air matanya mengalir laju.
          Ray membiarkan sahaja isterinya menangis. Nazim sebenarnya merupakan seorang guru di sekolah  yang sama tempat Iwan dan Faiz belajar sekarang.
          “Then?” Ray mahu mengetahui cerita yang selanjutnya.
          “Saya dikahwinkan dengan awak. Bagi mama dan papa, saya ni beban dalam keluarga. bila mereka dah kahwinkan saya maknanya beban dorang dah tak ada lagi. Saya ingat lepas berkahwin saya akan hidup bahagia tapi, sebaliknya pula yag berlaku.” Sara menegeluh tentang nasibnya.
“Habis tu, kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku?” sindir Ray.
“Good night!” ucap Sara. Tidak mahu menjawab soalan Ray yang sinis.
“Aku nak jawapan bukannya uacapan selamat malam.” Balas Ray.
“Saya nak makan ubat,” Sara berganjak dari tempat duduknya.
“Ubat? Kau ada penyakit ke?” perli Ray.
“Saya demamlah,” Sara kelihatan tidak suka dengan gurauan Ray.
Ray menyentuh dahi Sara. Mukanya berubah menjadi serius. Lagaknya seperti seorang doktor sedang merawat pesakit.
“Panas badan kau ni. padanlah muka kau, keluar seharian tak bawa payung.” Ray mengejek Sara.
“Good night!” Sara segera membaringkan badannya selepas minum ubat penadol. Ray mencebikkan bibir. Sara menarik selimut ke seluruh badannya. Tiada riak kasihan pada wajah Ray. Sebaliknya, mahu mentertawakan Sara.
Ray bangun 15 minit lebih awal daripada biasa. Dia tidak mahu menyusahkan Sara memandangkan Sara masih demam. Namun bagitu, Sara bangun lebih awal daripadanya.
“Awak, saya nak balik kampung nanti.” Pinta Sara. Ray terkejut mendengar suara Sara.
“Bagi salam boleh tak? Kau nak jadi janda muda ke?” marah Ray.
“Sorry!” kata Sara.
“Kau ada kampung ke?” tanya Ray.
“Ada. Rumah ibu.” Jawab Sara ringkas.
“Suka hati kaulah. Kalau kau kat rumah ni pun, bukannya boleh buat apa-apa. Menyemak lagi ada. Memasak pun tak reti lagi.” Sindir Ray. Sara menundukkan mukanya.
Pakaiannya disimpan di dalam sebuah bagasi kecil. Demamnya masih belum kebah. Oleh kerana tidak suka mungkir janji, dia teruskan juga rancangannya untuk pulang ke kampung.
“Nak pergi mana bawa beg besar ni?” tanya Datuk Hamid.
“Sara, nak balik kampung, daddy.” Jawab Sara seraya tersenyum. Datuk Hamid sekadar mengangguk.
Jumlah penumpang di dalam bas yang dinaiki Sara agak kurang. Disebabkan waktu persekolahan sebab itulah jumlah penumpang berkurangan. Sara masih risau memikirkan tentang cara untuk mencari pekerjaan.
Nazim dan isterinya, Keyra sudah menunggu kedatangan Sara di terminal bas. Keyra sibuk melayan permainan candy crush dalam telefon pintarnya. Nazim memerhatikan sahaja. Tidak lama kemudian, Sara pun sampai.
“Kak Ira!” Sara teruja melihat kehadiran kakak ipar kesayangannya itu lalu memeluknya. Keyra membalas pelukan Sara.
Kemudian, Sara menyalami abangnya. Nazim membantu Sara mengangkat begnya ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Sara hanya mendiamkan diri. Nazim dan Keyra juga tidak mahu mengganggunya. Sampai sahaja di rumah, kedatangan Sara disambut gembira oleh Iwan dan Faiz. Mak Temah segera mendapatkan Sara lalu memeluknya erat. Kerinduannya terubat juga akhirnya.
“Kak Kikin mana?” tanya Sara ketika menaiki tangga rumah mereka.
“Pergi jumpa Siti. Ada perkara nak dibincangkan katanya. Oh ya, suami Sara apa khabar?” ibunya kembali menyoal Sara.
Sara melangkah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan Mak Temah.
“Dia sihat,bu. Sangat sihat,” air muka Sara berubah keruh. Mak Temah dapat membaca perasaan Sara pada ketika itu.
“Dia masih ada hubungan dengan kakak ipar dia tu ke?” Keyra bertanya dengan lembut.
“Kak, orang cakap true love tu tak dapat dilupakan. Same goes to him. Sebab tu kot dia sanggup pecat Sara. Supaya dia dapat luangkan lebih banyak masa bersama dengan kak Erina. Sekarang ni, kak Erina yang jadi PA dia.” terang Sara.
“Tak baik cakap macam tu, nak. Buruk macam mana sekalipun, dia tetap suami kamu. Sebagai seorang isteri, kamu kena hormat dia. Ingat apa yang ibu selalu pesan. Jangan derhaka dengan suami.” Nasihat Mak Temah. Kemudian, merangkul Sara yang duduk bersebelahan dengannya.
“Sara balik kampung, Ray tahu tak?” giliran Nazim bertanya soalan.
“Tahu. Dia tak kisah pun,” Sara menyeka air matanya.
“Sara!” Sakinah berteriak sehingga membuatkan ahli keluarganya terkejut.
“Sara nah ambik. Panggil tok penghulu. Eh, tok penghulu pula. tok kadi. Eh!” Mak Temah melatah kerana terlalu terkejut.
“Bagilah salam dulu,” tegur Keyra.
“Sorry! Tak sengaja. Terkejut ke ibu?” Sakinah senyum seperti kerang busuk.
“Alah, kak Kikin tu memang macam tu. macam budak-budak.” Sakat Iwan.
“Ha’ah. Mungkin sebab tu la abang Amir suka kat kak Kikin.” Usik Faiz pula. iwan dan Faiz high five kerana dapat mengenakan kakak brutal mereka itu.
Sakinah menjegilkan matanya. “Amboi, sukanya korang ya! Aku bagi kang. Akak bukan macam budak-budak la. Kakak kan happy go lucky!” Sakinah mempertahankan dirinya.
“Happy go lucky ke happy nak belaki?” perli Iwan.
“Abang Amir si pujaan hati,” Faiz pula mengejeknya. Iwan dan Faiz ketawa berdekah-dekah. Yang lain turut tertawa. Sakinah mencebikkan bibir.
“Alah, akak ni! Janganlah muncung, tak comellah. Nanti abang Amir lari cari perempuan lain. baru tau,” Sara meninggalkan kesedihannya buat seketika.
“Kau pun sama. Hari-hari si Amir tu tanya pasal engkau.” Sakinah sedikit marah dengan usikan adik-adiknya.
“Baguslah tu. ada juga yang caring pasal Sara. Tak macam suami Sara.” Jawab suara. Keluarganya diam seribu bahasa.
“Eh, Kikin kamu taknak naik ke! Kita belum masak lagi ni,” Mak Temah memecahkan kesunyian.
“Alamak, lupa la pulak!” Sakinah menampar dahinya lalu segera masuk ke dalam rumah.
“Sara tolong kakak masak,ok?” soal Sara.
“Tak apa. Kau baru je sampai. Biar akak je yang buat, kalau tak nanti kau tak cukup rehat. Bila kau tak cukup rehat. Nanti kau sakit kepala. So, just get some rest first. Let me and kak Ira cook for our dinner,ok?” sepeti biasa, Sakinah akan bercakap bagaikan tiada koma mahupun noktah.
“Ok,” Sara menuruti kata-kata kakaknya. Mak Temah turut membantu anak dan menantunya memasak.
“Sara, along nak bincang sesuatu.” Kata Nazim.
“Pasal kerja kosong tu ke?” Sara sedikit teruja. Sangkaannya salah. Bukan itu yang mahu dibincangkan oelh Nazim dengannya.
“Pasal Ray.”
“Kenapa dengan dia?” Sara tidak mengerti.
“Kau rela ke kalau dia kahwin lagi?” tersentak Sara mendengar soalan itu. Mujurlah Iwan dan Faiz tidak berada di situ.
“Kalau itu yang dia nak, Sara terpaksa terima.” Sara merendahkan suaranya.
“Is that your final decision? Why don’t you fight for your married life? Cuba pertahankan rumah tangga Sara?” Nazim seperti ada agendanya sendiri.
“Apa maksud along ni?” Sara masih tidak memahami maksud sebenar Nazim.
“Kau sanggup ke tengok suami kau keluar dengan perempuan lain? tambah-tambah lagi, orang tu kakak ipar dia sendiri. Kau tak pernah terfikir ke untuk halang hubungan mereka?” Nazim ingin mendapatkan kepastian daripada Sara.
“Memanglah Sara tak sanggup,tapi Sara tak berdaya along.” Sara mulai menangis.
“Kau mesti kuat,Sara. Demi rumah tangga kau. You are his wife. Kau berhak untuk pertahankan rumah tangga korang. Takkan kau nak tengok suami kau terus hanyut dalam lembah dosa?” Nazim menekankan hujahnya.
“Macam mana Sara nak pertahankan? Nak ambil hati dia pun susah, long.” Sara mempersoalkan hujahan Nazim.
“Kak Ira akan tolong Sara.” Keyra yang kebetulan beerada di ruang tamu ketika itu menawarkan pertolongan kepada Sara.
“Kak Ira. kakak nk buat apa?” Sara mengerutkan dahi.
“Kakak akan ubah Sara dari segi penampilan dan perwatakan. Nanti kakak minta tolong kawan-kawan kakak. Maya dan Farid. Dorang kerja dengan Tan Sri Rashid. Kenal tak Tan Sri Rashid?” Keyra memberi cadangan lalu bertanya soalan.
“Tan Sri Rashid? Tu bapa saudara suami saya. Tapi,kak. Farid tu kan lelaki. Mana boleh tolong Sara?” rengek Sara.
“Farid tu separuhlah. Jangan risaulah. Nanti kalau akak pergi KL, Sara pergilah rumah keluarga kakak. Tahu kan?” jawab Keyra.
Keyra merupakan anak kepada seorang pengusaha kilang coklat di Kuala Lumpur. Walaupun anak orang berada, Keyra tidak pernah mempersoalkan taraf hidup suaminya.
“Separuh? Ok la. Tapi, Sara takut la,kak.” Sara masih was-was.
“Nak takut apanya? Akak lupa nak cakap tadi. syarikat Tan Sri Rashid tu ada jawatan kosong. Cuba minta kerja kat sana dulu. Mana tau ada rezeki. Kalau kau setuju, akak akan minta borang permohonan daripada Maya.” Beritahu Keyra.
“Jawatan kosong? Ok.” Terasa seperti tekanannya beransur hilang.
“Kalau macam tu, nanti akak tolong kau beli baju.”
Sara mengangguk tanda bersetuju dengan saranan Keyra.
Menu untuk makan malam mereka lebih itimewa daripada biasa. Memandangkan Sara baru pulang, kebanyakan hidangan yang dimasak adalah makanan kegemarannya.
“Wah, sedapnya bau! Ayam masak merah? Makanan kegemaran kak Sara ni.” kata Faiz. Antara mereka adik beradik, Faizlah yang paling ‘sihat’ kerana lebih kuat makan.
“Faiz, sebelum makan baca doa dulu,” tegur Mak Temah. Faiz tidak jadi menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Kakak-kakak dan abang-abangnya menggeleng-gelengkan kepala. Iwan mengetuai bacaan doa makan. Sara begitu berselera menjamah makanan yang dihidangkan Sakinah dan Keyra. Masakan yang paling dirinduinya, ayam masak merah dijamah penuh selera. Selesai makan malam, Sara dan Sakinah mencuci pinggan. Keyra pula mengemaskan meja makan. Begitulah kebiasaannya.
“Kak Ira,” panggil Sara lembut.
“Ye?” Sara berpaling ke arah Sara.
“Erm... Bila akak nak tolong Sara beli baju? Bab-bab pilih baju ni, Sara tak pandai sangat.” Tanya Sara.
“Bila Sara balik KL?” Keyra pula bertanya soalan.
“Minggu depan kot,” Sara masih tidak pasti bila mahu balik ke KL.
“Kalau macam tu, akak teman Sara minggu depanlah. Lagipun minggu depan, akak memang nak pergi KL.” Cadang Keyra. Sara menunjukkan isyarat OK kepada kakak iparnya.
Faiz mendekati Sara yang sedang membantu Mak Temah melipat pakaian. Kemudian, menunjukkan soalan yang tidak difahaminya kepada Sara.
“Apa ni?” Sara berpura-pura tidak mengerti.
“Faiz tak fahamlah macam mana nak buat ni, kak. kakak tolong,eyh?” pujuk Faiz.
“Mai sini akak tengok.” Faiz menyerahkan buku latihannya kepada Sara.
“Oh, nak cari peratus! Tengok sini. Nombor ni kau bahagi dengan jumlah keseluruhan. Pastu darab dengan seratus. Dapatlah jawapan.” Sara menunjukkan langkah-langkah untuk menyelesaikan soalan tersebut kepada Faiz.
“Ok.” Jawab Faiz.
“Mana kalkulator kau?” Sara menyedari tentang ketiadaab kalkulator Faiz.
“Hehe... Hilang,kak,” jawab Faiz seraya tersengih-sengih.
“Tak apa, esok akak beli untuk engkau,” Kata Sara.
“Yeay! Baiknya akak. Sebab tu Faiz sayangkan kak Sara,” Faiz menggoyang-goyangkan badannya seperti seorang perempuan. Sara mencebikkan bibir.
“Eih, mengada-ada la dia ni!” tegur Sakinah. Faiz menyengih kepadanya.
Beberapa hari selepas itu, selepas balik dari sekolah, Faiz terus menuntut janji Sara. Selagi Sara tidak menunaikan janji selagi itu la dia akan menuntut janji itu.
“Akak dah beli kalkulator Faiz?” Sara terperanjat mendengar pertanyaan Faiz.
“Kau ni kan, terkejut akak! Kalkulator kau ada kat bilik akak tu,” Sara mencuihkan bibirnya ke arah sebuah bilik yang berdekatan dengan dapur. Faiz segera masuk ke bilik Sara.
“Kak, abang Ray call. Four missed call ni.” Faiz menyerahkan telefon bimbit Sara. Sara menyambutnya sambil mengerutkan dahi.
“Four? Apa yang dia nak ni?’ bisik Sara sendirian. Kegelisahan jelas terpancar pada wajahnya.
Telefon bimbitnya berdering. Nama Ray terpapar pada skrin telefon. Sara segera menjawab panggilan tersebut.
“Kenapa kau tak angkat call aku?” bentak Ray tanpa memberi salam terlebih dahulu.
“Sorry! Saya tak dengar bunyi phone tadi,” jawab Sara terketar-ketar.
“Buang je handphone kau tu kalau tak pandai nak guna. Aku call ni sebab daddy yang suruh. Dia cakap kat syarikat pak long ada jawatan kat sana. Kau ikut temu duga kat sana.” Tegas suara Ray.
“Ok. Bila temu duga tu?” tanya Sara. Sakinah menunggu Sara selesai berbual dengan suaminya.
“Minggu depan. Tapi, daddy nak kau pergi hari jumaat ni. dia dah cakap kat pak long. Lusa kau kena balik sini. Satu je pesan aku. Beli baju yang elok-elok sikit. Jangan selekeh sangat nak pergi temu duga. Jangan buat malu aku. Faham!” tengking Ray.
“Baik,” jawab Sara. Ray terus memutuskan talian.
“Apa yang dia cakap kat Sara?” Sakinah segera bertanya setelah Sara selesai berbual dengan suaminya.
“Pasal jawatan kosong kat syarikat pak long dia.” Sara menjawab lemah.
“Yang kak Ira cakap hari tu, tu ke?” Sakinah mengerutkan dahi. Sara mengangguk perlahan.
Malam itu, Sara mengajak Keyra berbincang dengannya. Dia memberitahu Keyra tentang perbualannya dengan Ray petang tadi.
“Macam ni la. Kakak bagi Sara phone number Maya dan Farid. Nanti akak call dorang untuk beritahu pasal Sara. Sebab minggu ni akak busy sikit.”
“Tapi, kak Ira rasa logik ke Sara minta tolong orang lain untuk beli baju nak pergi interview?” Sara was-was dengan perkara itu.
“Sara, bukan baju untuk pergi kerja je yang akak nak Sara beli tau. Baju untuk Sara guna kat rumah pun kena beli juga. Ubah penampilan Sara. I know you don’t love fashion and make up. But you  have to love it.” tegas Keyra.
“Sara tak reti nak bermake up la, kak.” Sara merengek.
“Maya dan Farid akan tolong Sara,” Keyra merendahkan suaranya.
“Pakai heel pun Sara tak reti,” Sara masih sangsi dengan cadangan kakak iparnya itu.
“Kakak ada. Maya dan Farid pakar dalam semua tu. don’t worry. Ok? Dah tiba masa untuk Sara bangkit.” Keyra cuba memberi semangat kepada Sara.
Sara terpaksa akur dengan keputusan Keyra. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Entah bila dia dapat melelapkan mata. Bangun je, matahari dah terbit. Mak Temah sedang mengikat langsir bilik Sara.
“Ibu, dah pukul berapa sekarang?” Sara bertanya kepada ibunya sambil menggeliat.
“Pukul 12 tengah hari.” Jawab Mak Temah selamba. Sara membulatkan matanya.
“Maaf, bu. Sara mandi dulu. Nanti Sara masak.” Tanpa disuruh, Sara sudah bersedia melakukan tugasannya.
“Ye la,” jawab Mak Temah.
Mak Temah membantu Sara di dapur. Walaupun Sara tidak membenarkan ibunya membantu, Mak Temah tetap berkeras mahu membantu Sara. Kerana menghormati ibunya, Sara terpaksa akur.
Tepat jam 2.00 petang, Iwan, Faiz dan Nazim tiba di rumah. Nazim hanya menurunkan adik-adiknya sahaja kerana dia perlu menghadiri mesyuarat di sekolah.
“Along tak naik ke?” tanya Sakinah kepada kedua-dua adiknya itu. Mereka berdua menggelengkan kepala.
“Along pergi mana?” Sara mengerutkan dahi.
“Petang ni semua guru terlibat dengan mesyuarat. Along cakap, berkaitan dengan sukan tahunan.” Selepas menjawab pertanyaan Sara, Iwan menuju ke dapur menyusuli Faiz yang sudah menjamu selera.
“Kak Sara nak ikut Faiz dengan abang Wan memancing tak petang nanti?” Faiz bercakap dengan mulut yang penuh makanan.
“Telan dulu makanan tu lepas tu baru boleh cakap.” Iwan sentiasa menegur sikap Faiz yang gelojoh itu. Faiz hanya menyengih.
“Boleh je. Lama dah akak tak memancing,” Sara bersetuju dengan pelawaan Faiz. Iwan dan Faiz tersenyum riang.
Petang itu, Sara dan adik-adiknya pergi ke tempat biasa. Mereka pergi ke sungai yang berdekatan dengan kebun milik ketua kampung. Seperti biasa, mereka akan duduk di atas jambatan yang menghubungkan kawasan kebun tersebut dengan jalan raya. Sedang mereka asyik menunggu pancingan mereka mengena, Amir pula datang. Nak mengurat Sara.
“Hai, sara!” tegur Amir.
“Abang Amir. Buat apa kat sini?” Sara sebenarnya kurang selesa dengan kehadiran Amir.
“Abang nak jumpa Sara. Boleh?” Amir bersuara manja.
“Dah jumpa pun, kan?” tanya Sara acuh tak acuh.
“Sara tak rindukan abang ke?” Amir mencuit bahu Sara. Menambah ketidakselesaan Sara.
“Abang ni, kak Sara kan dah ada suami. Abang Amir nak kena penumbuk suami dia tak?” gertak Faiz yang juga naik menyampah dengan sikap Amir.
“Kalau macam tu, kirim salam dengan Kikin la,” Amir masih tidak berputus asa. Semua gadis di kampung itu disukai Amir. Mungkin sebab itulah dia belum berkahwin.
Amir berlalu dari tempat itu kerana ketiga-tiga beradik itu tidak melayannya. Bukan apa, makin dilayan makin menjadilah gila si Amir tu. setelah puas memancing, ketiga-tiga beradik itu beransur pulang membawa hasil tangkapan yang agak memuaskan.
“Kak, kenapa akak balik awal sangat?” tanya Faiz.
“Ada hal la, Faiz. Sebenarnya akak memang nak duduk lama sikit kat kampung, tapi Ray suruh akak balik.” terasa berat hati Sara untuk meninggalkan kampung halamannya.
“Abang Ray tu tak suka ke kalau akak balik kampung?” nada suara Faiz lemah bertanyakan soalan itu.
“Banyak kan ikan yang kita dapat hari ni? tak sabarlah nak suruh ibu masak.” Iwan cuba menceriakan suasana tetapi tidak berjaya. Dia sendiri pun sedih kerana kakaknya itu tidak bercuti lebih lama di kampun.
Selepas makan malam, Sara terus mengurung diri di dalam bilik. Fikirannya menerawang entah ke mana. Dia berbaring mengiring membelakangi arah pintu. Matanya terlelap tidak lama selepas itu.

Keyra terpaksa membatalkan jadualnya pada hari itu semata-mata mahu menemani Sara pulang ke Kuala Lumpur. Nasib baik bos. Sara membawa Keyra ke rumah mertuanya. Ibu mertua Sara seperti biasa tidak akan mempedulikan Sara. Keyra menunggu Sara di ruang tamu sementara Sara membawa masuk barang-barangnya ke bilik.
Datin Salma mendekati Keyra yang sedang duduk seorang diri di ruang tamu.
“Who are you?” tanya Datin Salma tegas.
“Oh, I’m Keyra,  Sara’s sister-in-law! Nazim’s wife.” Jawab Keyra sambil tersenyum.
“Oh, I see! Nazim anak sulung Mak Temah tu?” Datin Salma berlagak angkuh.
“Yupp. Datin kenal mak mertua saya?” Keyra masih tersenyum.
“Kenal. Hari tu suami dia cerita kat kami yang dia tu anak angkat Mak Temah. Awak ni kerja apa?” Datin Salma bercakap tanpa memandang Keyra.
“Pengusaha kilang. Tapi, kilang tu kilang ayah saya. Saya tolong dia uruskan.” Terang Keyra. Datin Salma segera memandang Keyra. Keyra terenyum kambing.
“Pengusaha kilang? Jadi, awak ni anak orang kayalah? Kenapa sanggup kahwin dengan orang miskin macam tu? kan ramai lagi orang kaya kat dunia ni?” herdik Datin Salma.
“It’s all about love, family and trustworthy! Saya sayangkan suami saya,keluarga saya dan saya percayakan dorang.” Keyra sebenarnya menyindir Datin Salma yang sentiasa bersikap dingin terhadap Sara.
“Kak Ira, jom kita pergi!” Sara tidak mahu disoal panjang oleh mertuanya. Sara dan Keyra meminta diri terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah.
Keyra malas mahu memandu. Oleh itu, dia menyerahkan tugas memandu kepada Sara. Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke destinasi yang dituju. Kelihatan seorang gadis dan seorang pemuda sedang mengipas-ngipas tangan mereka kerana kepanasan.
“Sorry, Maya! Sorry, Fa!” Keyra merapatkan kedua-dua tangannya meminta maaf daripada Maya dan Farid. Sara keluar dari kereta memandang mereka penuh kehairanan.
“Ok, this is Sara!” Keyra memperkenalkan Sara terlebih dahulu. Sara berjabat tangan dengan Farid dan Maya sambil memberikan senyuman manis.
“So, Sara. Are you ready for the mission?” Farid mendepakan tangannya ketika bertanya soalan.
“Yeah, I’m ready!” jawab Sara sedikit teruja.
“Ok, let’s go! Make over time!” Maya bersorak riang.
Sara sedikit janggal apabila disuruh memilih pakaian yang disukainya. Kebanyakan pakaian yang dipakainya selama ini lebih kelelakian kerana Sara agak boyish. Dia seorang yang lasak jika dibandingkan dengan Sakinah.
Keyra dan Maya membantu Sara memilih pakaian dan kasut serta aksesori yang bersesuaian dengan Sara. Farid pula membantu Sara memilih barangan kosmetik yang terbaik dan berkualiti. Kemudian, mereka pergi ke saloon. Rambut Sara yang selama ini lurus, dikerintingkan bahagian bawahnya. Selesai urusan di saloon, mereka menjamu selera di sebuah restoran Thailand.
“Sara, you pernah rebonding rambut ke? Atau dye rambut?” Farid sekadar ingin tahu.
“No. Kenapa?” Sara pula yang menyoalnya.
“Sebab rambut you lurus sangat dan lembut. Then, ada sikit warna perang pada rambut you tadi.” jelas Farid. Keyra dan Maya sedang menghirup minuman masing-masing.
“Oh, itu rambut asli saya!” Sara berkata benar mengenai rambutnya.
“Pandai you jaga rambut,” puji Maya yang tertarik dengan perbualan mereka berdua.
“Ibu yang ajar. Tapi, saya tak selesalah lepas dye rambut ni. make up ni buat muka saya rasa gatal-gatallah.” Rungut Sara.
“Tak apa, nanti Sara akan biasa dengan semua tu,” pujuk Keyra lalu menggenggam tangan Sara.
“Sara tak pandai bermake up, pakai heel, pakai dress dan semua ni la.” Sara masih merungut tentang penampilan barunya.
“Don’t worry. I dan Fa akan ajar you semua tu.” Maya cuba menenangkan hati Sara. Sara sekadar memberi senyum paksa.
Di rumah, Datin Salma dan Datuk Hamid sedang menonton televisyen. Ray sedang mundar-mandir di hadapan pintu kerana Erina masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukkan angka 11. Siang tadi mereka berdua bertengkar mengenai hubungan Erina dan Zahid yang sudah semakin rapat.
‘Mesti dia marah kat aku lagi. Kenapa aku marah dia tadi? abang Zahid kan suami dia? Erina, I’m sorry,’ hatinya semakin dilanda gelisah. Dia lebih merisaukan orang lain berbanding isterinya sendiri.
Tidak lama kemudian, Zahid dan Erina sampai di rumah. Ketika itu, Datin Salma dan Datuk Hamid sudah tidak berada di ruang tamu. Hanya tinggal Ray seorang yang masih berada di ruang tamu. Ray memberi isyarat agar Erina berjumpa dengannya di bilik tanpa pengetahuan Zahid.
Erina melakukan seperti yang disuruh. Dia memastikan suaminya betul-betul nyenyak barulah dia pergi ke bilik Ray. Sara masih belum pulang. Erina menarik muka masam.
“I’m sorry! Will you forgive me?” Ray menarik kedua-dua tangan Erina. Erina berpaling ke arah lain.
“Taknak I tengah merajuk dengan you ni.” Erina pura-pura merajuk.
“Eleh, tengok muka orang tengah merajuk!” Ray tersenyum seraya mencuit dagu Erina. Gadis itu tergelak kecil.
Sara memunggah barang-barangnya. Termengah-mengah. Kelopak matanya terasa berat. Dia membuat keputusan untuk minum terlebih dahulu sebelum tidur. Sara menguak pintu bilik sedikit. Matanya terbeliak melihat suaminya sedang bermesraan dengan Erina. Air matanya mengalir deras. Sara segera turun ke tingkat bawah. Barang-barangnya ditinggalkan begitu sahaja.
Sara menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari oleh sesiapa. Hatinya bagaikan dirobek-robek melihat kecurangan suaminya di hadapan matanya sendiri. Sara menangis sepuas-puasnya. Tanpa disedari tangannya terlibas sebiji gelas kaca. Gelas kaca itu jatuh lalu pecah. Sara segera mengutip keca yang berkecai itu. Tangannya terkena serpihan kaca.
“Ouch!” Sara mengaduh. Mujur tiada yang menyedarinya.
Selesai mengutip sisa-sisa kaca tersebut, Sara duduk termenung. Dia mendagu di atas meja kecil di dapur hingga terlelap.  Bibik Ranti yang paling awal bangun membangunkan Sara. Mata Sara terpisat-pisat. Dia bergegas naik ke biliknya. Bibik Ranti memerhatikan Sara dengan penuh kehairanan.
“Itu cik Sara atau kembarnya ya?” bisik Bibik Ranti sendirian.
Telefon bimbit Sara berdering. Kebetulan Ray melintasi sofa tempat Sara meninggalkan barang-barangnya. Satu mesej teks daripada Keyra masuk. Ray segera memeriksanya lalu membaca kandungan mesej tersebut.
“Sorry, Sara! Hari ni kakak tak dapat nk teman Sara. Abang Nazim call akak, cakap ibu sakit. So, akak terpaksa balik kpg. Bye. Love you.” Ray membaca keseluruhan kandungan yang terdapat dalam mesej tersebut. Sara muncul sambil menggosok-gosok matanya kemudian mengambil telefon bimbit dari tangan Ray.
“Ada orang mesej.” Kata Ray sebelum Sara masuk ke dalam bilik. Ray juga sama seperti bibik Ranti. Hairan dengan penampilan isterinya.
“Siapa?” tanya Sara.
“Kak Ira. Dia cakap ibu kau sakit.” Ray memberi jawapan yang ringkas.
Sara sekadar mengangguk. Melihat muka Ray, peristiwa malam tadi menjelma semula di minda. Ray masih hairan melihat penampilan baru isterinya. Kemudian tersenyum sendiri.
‘Cantik juga isteri aku ni,’ puji Ray di dalam hati tanpa sedar.
Sara menangis lagi di dalam bilik air ketika sedang mandi. Selama ini dia tidak pernah kisah jika Ray keluar dengan Erina. Tapi kali ini, dia sudah tidak sanggup lagi. Cukuplah selama ini dia menderita.
‘Aku kena bangkit. Aku kena pertahankan rumah tangga aku.’ Sara berazam di dalam hati.
Ray duduk berhadapan dengan Erina. Erina tersenyum memandang Ray. Semuanya kelihatan berselera menjamah nasi goreng kampung yang disediakan bibik Ranti. Sara yang baru turun memandang mereka lalu tersenyum sinis.
‘Kata tak suka makanan kampung, nasi goreng kampung berselera pula nak makan,’ kritik Sara dalam hati.
Kemudian, dia menghampiri meja makan. Duduk bersebelahan dengan Ray. Wangi yang dipakai Sara menarik perhatian semua yang berada di situ.
“Sara wangi-wangi ni nak pergi mana?” Datuk Hamid bertanya lembut kepada suaminya. Sara menghadiahkan senyuman terlebih dahulu.
“Nak keluar dengan kawan,” jawab Sara bersahaja.
“Kalau macam tu, boleh tak Sara tangguhkan janji temu Sara dengan kawan dulu? Daddy nak Sara ikut interview hari ni.” arah Datuk Hamid. Sara berhenti menyuap.
“Hari ni? I’m not ready yet.” Sara mengerutkan dahi.
“Ready atau tak, Sara kena ikut interview hari ni jugak.” Tegas Datuk Hamid. Sara terpaksa akur.
“Kau pergi mana semalam? Suami kau tunggu kau balik sampai larut malam. Kau keluar dengan jantan lain,kan?” Erina menekankan suaranya.
“kalau saya balik pun bukannya orang peduli. Kalau peduli tak ada la saya kena tidur kat dapur.” Balas Sara. Erina terkejut dengan jawapan yang diberikan Sara.
“Kau tidur kat dapur? Kenapa tak tidur kat bilik?” soal Ray yang baru mengetahui tentang perkara itu. Yang lain juga turut merasa hairan.
“Awak tanya saya kenapa? Jawapan tu ada pada diri awak.” Sara berlalu pergi meninggalkan meja makan. Wajahnya merah padam menahan marah.
‘Jawapan ada pada aku? Jangan-jangan...’ Ray seolah-olah teringat sesuatu. Teringat tentang dia dan Erina malam tadi.
Ray segera naik ke biliknya. Datuk Hamid memerhatikan langkah Ray yang tergesa-gesa. Erina merasa hairan. Datin Salma dan Zahid langsung tidak peduli. Ray menolak kasar pintu bilik mereka. Sara sudah siap berkemas. Dia tidak mempedulikan kehadiran Ray.
“Ada apa datang sini? Tak pergi kerja lagi ke?” Sara membetulkan rambutnya.
“Kau nampak apa yang aku dan Erina buat semalam?” Ray mendengus kasar.
“Apa yang awak dan Erina buat?” Sara pura-pura tidak tahu.
“Kau nampakkan?” tanya Ray lagi. Sara mulai sakit hati.
“Ye. Memang saya nampak. Saya nampak suami saya bermesraan dengan kakak ipar sendiri! Puas?” bentak Sara.
“Sebab tu kau taknak tidur dalam bilik semalam?” Ray tersenyum sinis.
“Ok. Kalau awak nampak saya dengan lelaki lain dalam bilik ni, awak suka? Kalau awak suka, awak memang dayus!” Sara sudah tidak dapat mengawal emosinya. Ray memandang isterinya dengan pandangan yag tajam.
“Kalau kau nak curang dengan aku, langkah mayat aku dulu!” tengking Ray. Sara sedikit pun tidak takut.
“Habis tu kenapa awak curang? Kalau saya curang tau pulak awak nak marah.” herdik Sara.
Sara meninggalkan suaminya yang masih terdiam mendengar kata-katanya tadi. Ray tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia memandang tajam ke arah lantai. Selepas itu, barulah dia menyusuli Sara turun. Sara sudah lama keluar.
Penyambut tetamu Saphire Holdings melemparkan senyuman manis menyambut kedatangan Sara. Selesai bertanya tentang tujuan Sara datang ke situ, dia terus menghubungi majikannya iaitu Razif. Anak kepada Tan Sri Rashid. Setelah mendapat keizinan daripada Razif, penyambut tetamu itu membenarkan Sara masuk.
 Kebetulan Tan Sri Rashid juga berada di syarikatnya kerana Datuk Hamid mahu dia yang menemu duga Sara. Permintaan adiknya dituruti sahaja. Maya dan Farid menemui Sara. Kedua-duanya kelihatan teruja melihat penampilan Sara yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan penampilan Sara sebelum ini.
“You makin cantiklah sekarang ni. tapi, satu je yang kurang,” Farid membuat duck face.
“Apa yang kurang?” Sara mengerutkan dahi kerana tidak memahami kenyataan Farid.
“You masih tak pandai pakai heel.” Farid mengkritik.
“No hal la, Fa. Kita masih boleh ajar dia.” Kata Maya.
Farid tersenyum girang. Mengubah penampilan orang lain adalah kebolehannya. Lagipun, sikap Sara yang mudah mesra sangat menyenangkan hatinya. Maya dan Farid tidak kekok apabila bertemu dengan Sara. Begitu juga dengan Sara walaupun mereka baru berkenalan.
Perbualan mereka terhenti apabila seorang pegawai wanita memanggil Sara untuk pergi ke pejabat Razif. Sara segera pergi ke pejabat Razif. Dia hanya masuk setelah mendapat kebenaran Razif. Razif dan Tan Sri Rashid menghadiahkan senyuman manis kepada Sara. Sara membalas dengan melakukan perkara yang sama.
“Have a seat,” Tan Sri Rashid menjemput Sara duduk.
“Thank you!” sahut Sara lalu duduk. Sara menyerahkan failnya kepada Razif. Razif memeriksa semua maklumat yang terkandung di dalam fail itu satu-persatu.
“Kenapa anda taknak jadi lawyer?” tanya Tan Sri Rashid sebaik sahaja selesai memeriksa fail Sara. Razif membiarkan ayahnya bertanya soalan terlebih dahulu.
“Saya nak dapat pengalaman bekerja terlebih dahulu sebelum membuka firma sendiri.” sara masih tersenyum walaupun dia merasa gugup.
“Sebelum ni anda pernah bekerja di syarikat Delima Holdings. Apa pengalaman yang anda dapat di sana?” tanya Razif pula.
“Pengalaman yang saya dapat ialah perlu pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja.” Sara menjawab agak yakin.
“Apa posisi anda  di syarikat tempat anda bekerja sebelum ini?” Razif bertanya. Ayahnya bersedia mendengar jawapan Sara.
“Saya bekerja sebagai PA kepada Encik Razman Huzaimy.” Sara masih bersemangat.
“That’s good. Why you really need the job?” tanya Tan Sri Rashid.
“To get more experience,sir.” Jawab Sara ikhlas.
“How about the salary?” Razif masih mahu mendapatkan kepastian kepada Sara.
“I don’t really mind about the salary,sir!” Sara menjawab dengan jujur setiap soalan yang dikemukakan oleh Razif dan Tan Sri Rashid.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Sara meyakinkan Razif dan ayahnya. Mereka telah membuat keputusan untuk mengambil Sara bekerja dengan mereka.
“Congratulation, miss Sara! You got the job. As our new manager. Manager lama kami dah lari.” Razif menawarkan jawatan yang penting kepada Sara. Mereka berjabat tangan.
“Thank you, sir!” ucap Sara kepada Razif dan Tan Sri Rashid.
“Boleh mula kerja esok. Lepas ni tak payah panggil kami dengan panggilan sir lagi,boleh? Kita ni kan satu family.” Sara mengangguk tanda faham. Tan Sri Rashid tergelak kecil melihat keterujaan Sara.
Sara keluar dari pejabat Razif dengan wajah yang ceria.
“Bertuah betul si Razman tu dapat isteri yang bijak macam tu.” Razif sudah terbiasa memanggil Ray dengan nama Razman berbanding nama samarannya.
“Kamu bila pulak nak kahwin?” usik Tan Sri Rashid.
“Macamlah papa tak tahu. anak papa ni kan masih muda, banyak lagi masa nak fikir pasal jodoh.” Seloroh Razif.
“Muda kamu cakap? Orang yang umur kamu, banyak yang dah kahwin. Ada yang dah dapat anak. Kamu tu je yang memilih sangat.” Balas Tan Sri Rashid sambil menepuk-nepuk bahu anak lelaki tunggalnya itu.
Maya dan Farid menghampiri Sara yang baru keluar dari pejabat Razif.
“What’s the result?” Maya teruja mahu mendengar jawapan Sara.
“I... dapat kerja kat sini. Sebagai pengurus.” Sara melambat-lambatkan kata-katanya. Maya dan Farid menukup mulut mereka.
“Tahniah! I tahu you memang akan diterima kerja kat sini.” Farid bersungguh-sungguh bercakap.
Maya memeluk Sara kerana gembira kawan barunya itu mendapat kerja. Farid turut gembira.
Datin Salma duduk di ruang tamu sambil berbual-bual dengan Datin Mariam. Kedua-duanya kelihatan sangat seronok bergosip. Sara tidak mahu mengganggu mereka. datin Salma menyedari kehadiran Sara. Sara baru balik dari berlatih dengan Maya dan Farid tentang cara-cara memakai heel yang betul, make-up dan cara berpakaian. Banyak kali juga dia hampir terjatuh. Berkat kesungguhannya, dia berjaya.
“Sara, dah tak reti nak bagi salam ke?” tegur Datin Salma. Sara menghentikan langkahnya.
“Selama ni, mummy tak pernah kisah pun kalau Sara balik rumah.” Sara menjawab teguran ibu mertuanya. Bukan sengaja mahu bersikap kurang ajar, tetapi terpaksa.
“Sara! Mama tak pernah ajar Sara kurang ajar macam ni!” tengking Datin Mariam.
“Memang mama tak pernah ajar Sara. Ibu yang banyak ajar Sara untuk jadi lebih baik. Kalau tak, mungkin sekarang Sara dah tak jadi orang dah,ma.” Sara hampir menangis. Tapi perasaan ingin menangis ditepisnya jauh-jauh.
Sara segera naik ke bilik. Kemudian, dia terus mengunci pintu. Dia tidak mahu memikirkan pertengkaran dia dengan ibunya tadi. teringat tentang Mak Temah sedang sakit, Sara segera mendial nombor Iwan. Setelah panggilannya bersambut, Sara segera mengarahkan adiknya menyerahkan telefon bimbit kepada ibu mereka.
“Ibu, Sara nak minta maaf. Tadi Sara lupa nak telefon ibu. Kak Ira cakap ibu sakit.” Jelas Sara.
“Tak ada apa-apalah Sara. Sekarang ibu dah rasa sihat sikit lepas dengar suara Sara,” Mak Temah terbatuk-batuk. Hati Sara menjadi sebak mendengar kata-kata ibunya.
“Ibu kena jaga diri tau. Jangan lupa makan ubat. Sara nak bagi tau kat ibu yang Sara dah dapat kerja. Jadi pengurus.” Sara mengesat air matanya sambil memaksa diri untuk senyum.
“Betul ke, nak? Syukur. Kerja baik-baik tau.” Mak Temah berpesan kepada anaknya.
“Baik, bu. Jaga diri ye,bu. Sayang ibu. Bye!” Sara mengucup telefon bimbitnya seolah-olah sedang mengucup ibunya.
“Ibu pun sayang Sara. Jaga diri. bye!” jawab Mak Temah sebelum memutuskan talian.
Sara memandang sayu ke luar tingkap. Setiap kali ibunya jatuh sakit, dia pasti akan risau. Dia tidak sanggup kehilangan insan kesayangannya itu. Air matanya menitis. Ketukan pintu yang kuat mengganggu lamunan Sara. Dia segera membuka pintu. Ray baru pulang dari kerja.
“Mama dah balik?” Sara mahu memastikan Datin Mariam tidak berada di rumah itu lagi. Dia merasa janggal kerana sudah lama tidak berhubung dengan keluarga kandungnya.
“Baru je balik. mummy cakap kau gaduh dengan mama. Kenapa?” Ray bertanya kasar lalu bercekak pinggang.
“Non of your business.”
“I am your husband. Of course, your business is my business!” Ray sudah mula meninggikan suaranya.
“But your business not mine,right?” Sara turut meninggikan suara.
“Kenapa kau tiba-tiba berubah ni?” Ray memperlahankan suaranya.
“Because of you!” Sara mengacukan jari telunjuknya kepada Ray. Ray terdiam. Sara terus masuk ke bilik air.
Malam itu, Sara tidak meyertai makan malam bersama Ray dan keluarganya di Perdana Hotel. Ray juga tidak menyertai keluarganya. Dia duduk seorang diri di ruang tamu. Televisyen dibiarkan terpasang begitu sahaja. Sara yang baru sahaja turun menghentikan langkahnya. Kelihatan suaminya duduk seorang diri. sara tidak mempedulikannya lalu pergi ke dapur. Sara berfikir-fikir tentang makanan yang hendak dimasaknya. Sejenak kemudian, dia mendapat idea untuk masak bubur.
“Bubur ayam Sara. Erm, sound’s good!” Sara memuji diri sendiri.
Ray memerhatikan gelagat Sara yang sedang memask bubur ayam di ambang pintu dapur. Sara langsung tidak perasan akan kehadiran suaminya. Kemudian dia berpaling.
“Mak!” latah Sara lalu menarik nafas panjang. Ray tergelak.
“Kau masak apa?” Ray sekadar ingin tahu.
“Bubur ayam. Nak juga ke?” Sara bertanya kasar kepada suaminya. Ray mengangguk.
Sara menyediakan bubur ayam mereka. dia makan penuh selera. Sedikit sisa nasi terlekat di bibirnya. Ray menggeleng-gelengkan kepala.
“Kau ni gelojoh sangatlah. Sini aku lap mulut kau,” Ray mengambil sehelai tisu lalu mengelap mulut Sara. Sara menahan tangan Ray. Ray memandang Sara. Mata mereka bertentangan. Agak lama. Bibik Ranti tersenyum memandang mereka.
“Cik Sara sama Pak Ray belum tidur ya?” Suara bibik Ranti mengejutkan mereka. kedua-duanya menjadi tidak keruan. Bimbang bibik Ranti salah sangka melihat perbuatan mereka sebentar tadi.
“Belum,bik. Bibik pun belum tidur juga?” Sara pula yang menyoal bibik Ranti.
“Saya terbangun kerana dengar ada orang di dapur. Saya ke sini. Rupanya, cik sama bapak.” Jelas bibik Ranti.
“Oh, maaf! Saya nak naik atas dah ni. saya basuh mangkuk ni dulu.” Sara bangun dari tempta duduknya. Bibik Ranti segera menahan Sara.
“Enggak usah,cik. Saya akan basuh mangkuknya,” bibik Ranti merasa kurang senang membiarkan Sara membasuh pinggan kerana itu tugasnya.
“Kalau macam tu, saya naik dululah. Thanks, bik.” Sara melemparkan senyuman kepada bibik Ranti seraya menggenggam tangan bibik Ranti sebagai tanda terima kasih.
Ray menyusuli isterinya naik ke atas. Perut sudah kenyang. Mata pun terasa berat. Masuk sahaja bilik, Ray terus merebahkan badannya di tilam. Sara yang baru keluar dari bilik air menggeleng-gelengkan kepala melihat suaminya. Deringan telefon bimbit Ray mengganggu perhatian Sara. Dia terus memerikasa nama yang terpapar di skrin. Erina. Sara menekan warna merah pada skrin telefon bimbit Ray. Nasib baik Ray tak terbangun. Sara baring mengiring membalakangi suaminya.
Jam sudah menunjukkan angka 7. Sara segera bangkit dari katil. Ray masih nyenyaak tidur. Bos la katakan. Datang lambat pun bukan ada yang nak marah. Sara pergi ke bilik air tergesa-gesa. Hari pertama bekerja membuatkannya sedikit gugup. Rambutnya diikat rapi. Pakaian yang dipakainya sangat kemas. Penampilan yang kini menyerlahkan kejelitaannya yang tidak pernah dipamerkan sebelum ini.
“Kau nak pergi mana ni? dah buang tabiat ke pakai baju macam ni?” Ray yang baru bangun merasa hairan dengan penampilan isterinya.
“Saya nak turun kerja la. Takkan nak pergi disco pulak.” Selamba sahaja Sara menjawab pertanyaan suaminya.
“Kerja? Kau dapat kerja kat syarikat pak long?” tanya Ray lagi. Sara mengangguk.
“Pak long lantik saya jadi pengurus syarikat dia. pengurus yang lama dah larikan diri.” Sara mengambil beg tangannya. Ray memerhatika setiap gerak geri isterinya.
“Pengurus? Budak tak habis sekolah macam kau ni pun boleh jadi pengurus?” perli Ray seraya tergelak.
“Itulah rezeki namanya. Lain kali jangan pandang orang sebelah mata. Manalah tahu orang yang kita selalu pandang rendah tu jadi lebih baik daripada kita.” Sindir Sara kemudian berlalu pergi.
Ray mengangkat kening sebelah kanannya. Dia menuju ke meja kecil bersebelahan dengan tempat dia tidur. Telefon bimbit dicapainya. Terbeliak mata Ray melihat 24 missed call daripada Erina. Dia langsung tidak mendengar bunyi deringan telefonnya. Sedangkan telefonnya tidak diletakkan dalan mode silent. Sebenarnya, Sara yang meletakkan handphone Ray pada mode silent kerana tidak mahu tidurnya terganggu disebabkan bunyi telefon. Sebaik sahaja bangun pagi, Sara terus meletakkan telefon suaminya pada mode general.
Sara duduk berhadapan dengan ibu mertuanya. Datin Salma memandang menantunya itu sambil mengerutkan dahi.
“Sara nak pergi ke mana?” Datin Salma merasakan ada sesuatu yang Sara sembunyikan.
“Nak pergi kerja,mummy.” Jawab Sara ringkas seraya mencicip air teh dalam cawannya.
“Sara dapat kerja kat syrikat pak long semalam?” Sara mengangguk.
“Dapat jawatan apa pakai kemas-kemas macam ni?” Datin Salma masih hairan.
“You should ask your son. I told him already.” Sara menghadiahkan senyuman kepada Datin Salma. Ibu mertuanya hanya tersenyum tawar.
Erina memandang Sara dengan mata yang tajam. Makanan dinkunyah kasar. Sara buat-buat tak tahu. sebelum bangun dari tempat duduknya, Sara sempat menjeling Erina. Datuk Hamid dan kedua-dua anak lelakinya berada di meja makan tidak lama kemudian.
“Thanks, daddy! Kalau daddy tak cakap pasal temu duga kat syarikat pak long hari tu, mesti sampai sekarang pun Sara masih tak tentu arah nak cari kerja.” Sara ikhlas mengucapkan terima kasih kepada bapa mertuanya.
“Tak ada apa la Sara. Pak long dah cerita kat daddy semalam. Dia cakap Sara ada ijazah dalam bidang perundangan. Betul ke?” Datuk Hamid memandang Sara dengan penuh tanda tanya. Sara berhenti menyuap. Suaminya pula hampir tersedak.
“Betul, daddy.” Sara menjawab perlahan-lahan.
“Kau tak pernah cakap pun,” bantah Ray.
“Alah, saya ni kan budak tak habis sekolah! Kalau saya cakap saya ada degree, awak nak percaya ke?” perli Sara. Ray mendiamkan diri.
Erina menghempas kasar napkinnya. Hatinya bertambah sakit setelah mengetahui tentang taraf pendidikan Sara. Ray merasa serba salah. Dia menyusuli Erina. Zahid mulai kurang senang. Dia pun terus mengekori Ray dan Erina.
“Sara, belum pergi kerja ke?” tanya Datuk Hamid. Barulah Sara tersedar yang dia perlu beredar.
“Nak pergi dah. Sara, minta diri dulu!” Sara menyalami ibu dan ayah mertuanya.
Ray dan Erina sedang bertengkar. Zahid bersembunyi di sebalik tiang. Sara menghampiri abang iparnya.
“Abang, kalau abang rasa nak marah, marah je bang. Jangan jadi pengecut. Dulu, abang juga yag selalu marah Sara sebab tak kisah pasal hubungan dorang. Now, it’s your turn.” Sara tidak bermaksud untuk menghasut abang iparnya. Dia tidak mahu orang lain menderita seperti mana dia menderita dahulu.
“Abang tak sanggup nak lukakan hati sesiapa.” Zahid tidak suka menyakiti hati orang yang disayanginya.
“Kalau macam tu, abang tak jalankan tugas sebagai suami dengan baik. Sama macam suami Sara. abang sepatutnya bertegas sikit dengan Ray tu. takkan abang nak rumah tangga abang hancur disebabkan kehadiran orang ketiga? Sara Cuma nak nasihatkan abang je. Sara pergi dulu!” Sara cuba menasihati abang iparnya.
“Thanks, Sara! careful,” pesan Zahid.
“Hoi, Sara! kau nak pergi kerja naik apa?” jerit Ray dengan wajah bengis. Sara tersentak.
“Naik teksi la takkan jalan kaki kot.” Sara meras geram dengan suaminya.
“Aku tau la kau tak jalan kaki, bodoh!” tengking Ray. Kemarahan Sara semakin memuncak.
“Awak yang bijak sangat tu, tak payah nak tanya soalan bodoh! Layan awak, makin lambat saya jadinya! Menyampah! Gadu dengan orang lain,saya yang jadi mangsa.” bentak Sara. dia berjalan kasar menuju ke pagar. Sebuah teksi suda sedia menunggu.
Ray memandang ke arah isterinya dengan pandangan yang tajam. Erina menyilangkan tangan. Kemudian, Ray meninggalkannya sendirian. Zahid pergi ke garaj. Erina menyusuli Zahid tidak lama selepas itu. Memandangkan dia baru sahaja bertengkar dengan Ray, dia menumpang Zahid.
Kesemua pekerja di Saphrie Holdings mamandang Sara penuh kehairanan. Sara menguntumkan senyuman kepada mereka. pembantu peribadi Razif mengiringi Sara menemuinya. Ketika terlihat Maya dan Farid, Sara mengenyitkan mata. Kedua-duanya tersenyum girang.
“Encik Razif, cik Sara dah sampai.” Pembantu peribadinya memberitahu Razif. Sara malu sendiri kerana dia agak lewat.
“Ok. Awak boleh keluar sekarang.” Arah Razif kepada pegawai itu. Pegawai tersebut mengangguk kemudian beredar.
“Sila duduk,” jemput Razif.
“Terima kasih,” Sara melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk berhadapan dengan Razif setelah dijemput untuk duduk.
“First of all, I’ll introduce you to the workers. You may choose one of them to be your PA,”ujar Razif. Sara mengangguk.
Razif memperkenalkan Sara kepada para pekerjanya. Maya dilantik oleh Sara untuk menjadi PAnya. Kehadiran Sara amat dialu-alukan oleh kesemua pekerja di situ. Hari pertama bekerja agak memenatkan bagi Sara.
Sesampainya di rumah, Sara terus berehat di sofa. Dia merasa agak letih. Bibik Ranti membawa segelas minuman sejuk untuk Sara.
“Ini cik minumannya. Silakan diminum.” Bibik Ranti meletakkan gelas yang berisi minuman itu di atas meja.
“Terima kasih,bik,” ucap Sara. bibik Ranti mengangguk lalu bergegas ke dapur.
Sara menonton televisyen. Kepulangan Ray tidak disambut oleh Sara. dia masih marah pada suaminya.
“Sara, aku nak minta maaf kat kau. Aku stress tadi lepas gaduh dengan Erina.” Ray berlutut ddi hadapan isterinya.
“Klise! Lepas salah, minta maaf. Senang je kan. Kalau stress isteri yang jadi mangsa. Bagusnya awak. Sekarang ni, saya letih saya nak naik atas, nak mandi. Malas nak layan awak. Poyo!” Segala kemarahan Sara dilepaskannya. Gelas yang telah kosong dibawa ke dapur dan terus dicucinya.
Ray menutup televisyen. Dia berehat sebentar di atas sofa. Rasa serba salah kembali menjelma. Wajah isterinya menerpa. Rasa kasihan pun ada. Marah ada juga.
Sara merehatkan diri terlebih dahulu sebelum mandi. Fikirannya menerawang jauh memikirkan tentang masa depan rumah tangganya.
‘Kalau terus macam ni, dapatkah aku mempertahankan rumah tangga ini? Apa yang aku buat bukan sebab aku berdendam dengan sesiapa. Aku cuma nak dorang baik dengan aku. Aku nak bahagia.’ Air mata menitis di pipi. Foto perkahwinan dia dan Ray diapandang kejap. Kemudian, foto itu ditelangkupkan.
“Kau nangis ke?” Ray menyedari titisan air jernih meniti di pipi isterinya. Sara terus mengesat air matanya.
“Kenapa? Tak boleh ke saya nangis?” Sara bangkit dari pembaringan lalu menuju ke bilik mandi.
“Aku tak cakap pun kau tak boleh nangis. Aku tanya je,kan?” Ray mulai naik marah.
“Awak tu, selalu je nak marah-marah saya. Saya dah malas nak layan baran awak tu. dengan kak Erina boleh pula awak cakap baik-baik. Saya ni isteri awak. Kalau awak benci sangat dengan saya, kenapa tak tolak je permintaan papa saya dari awal dulu? Tak perlulah saya terhegeh-hegeh nak jaga hati awak yang ‘mahal’ tu. orang tertentu je yang boleh ambil hati awak.” Sara meluahkan segala isi hatinya. Ray memandang ke arah lain.
“Habis tu, kenapa kau nak kahwin dengan aku?” soal Ray perlahan.
“Awak tak faham masalah saya.” Sara menangis teresak-esak.
“Apa yang aku tak faham?” Ray masih tidak mengerti dengan kata-kata Sara.
“Mama dengan papa tak suka saya tinggal dengan dorang. Saya ni dah macam anak terbuang. Ibu yang kutip saya. Mama dengan papa langsung tak kisah pasal saya. Dorang hanya pentingkan abang Bad je. Saya belajar kat luar negara pun dorang tak tahu. dorang tak pernah kisah pun tentang saya. Ibu yang jaga saya dari kecik. Keluarga saya sendiri pun tak pernah jaga saya sepertimana keluarga angkat saya jaga saya. Saya terpaksa terima waktu mama dan papa cakap untuk kahwinkan saya dengan awak walaupun saya tahu awak bencikan saya.” Panjang lebar Sara menceritakan kisah hidupnya secara ringkas. Sara menekup mulutnya. Hatinya terlalu hiba mengenangkan kisah pahit hidupnya.
“I”m so sorry! Aku tak pernah tahu semua tu.” Ray memujuk isterinya.
“Kalau awak tahu pun, bukannya awak peduli kan? Saya ni bukannya wanita pilihan awak.” Sara terus pergi ke bilik air. Ray menyembunyikan tangisannya. pertama kali dia menangis melihat isterinya menangis.
‘I am a bad husband. Kenapa aku tak cuba memahami dia selama ni?’ Ray bersesal di dalam hati. Air matanya mengalir deras.
Foto yang diterlangkupkan Sara tadi diangkatnya perlahan-lahan. ‘Memang patut pun dia benci aku,’ fikir Ray.
Selesai makan malam, Sara menyertai keluarganya menonton televisyen di ruang tamu. Ray duduk di sebelahnya. Walaupun yang lain sibuk bercerita, mereka hanya mendiamkan diri. Datuk Hamid meyedari perkara itu.
“Sara, how’s your first day in Saphire Holdings?” tanya Datuk Hamid. Sara tersentak.
“Good,” jawab Sara ringkas. Sekadar tersenyum tawar.
Datuk Hamid tidak mahu bertanya lanjut. Wajah Ray dan Sara dipandangnya silih berganti. Tetapi dia tidak mahu bertanya tentang masalah yang dialami mereka. rumah tangga anak-anaknya, Datuk Hamid tidak mahu masuk campur. Urusan suami isteri biarlah diuruskan oleh mereka sendiri.

3 BULAN KEMUDIAN
          “Sara, here’s the report. I dah siapkan report yang you suruh I buat tadi,” Maya menyerahkan fail berwarna putih kepada Sara. sara menyambutnya seraya tersenyum.
          “Thank you! Jangan lupa bawa baju yang I cakap tadi. i nak esok.” Maya membuat tabik hormat mendengar arahan Sara.
          Sara menggelengkan kepala melihat telatah kawan baiknya itu. Farid juga kawan baiknya. Setiap kali ada masalah, Sara akan menceritakannya kepada Maya dan Farid.
          “Sara, amacam meeting dengan klien semalam?” Razif yang baru tiba dari London terus bertanya kepada Sara mengenai perjumpaan Sara dengan klien mereka semalam.
          “Ok je. Dorang dah setuju untuk melabur dalam syarikat kita. Projek kita kat Sarawak pun berjalan dengan lancar.” Sara memberitahu maklumat berkaitan syarikat mereka kepada Razif.
          “That’s good! Nanti, abang akan bagi Sara bonus.” Razif memberi tawaran kepada Sara.
          “Thank you!” ucap Sara.
          “Abang ada bawa hadiah untuk Kikin. Nanti abang kirim kat Sara. tolong bagi kat dia, boleh?” Razif mengangkat-angkat keningnya.
          “Boleh je.”
          “Macam mana hubungan dengan Ray?” Razif menukar topik perbualan.
          “Macam tu je la,bang.” Jawab Sara. Razif hanya tersenyum.
          Sebenarnya Razif pernah bertemu dengan Sakinah di Kuala Lumpur ketika terserempak dengan Sara dan Sakinah. Waktu itu, Sara dan Sakinah sedang menikmati makanan tengah hari di Restoran Seri. Pertemuan pertama sudah membuatkan Razif jatuh hati pada Sakinah. Sikap Sakinah yang mudah mesra menyebabkan Razif tertarik dengannya.
          Kini, Sara sudah tidak menggunakan teksi lagi. Dia sudah memiliki kereta sendiri. oleh itu, dia kerap balik kampung untuk bertemu keluarganya. Sebab itulah dia terpaksa jadi orang tengah antara Sakinah dan Razif.
          “Kenapa dengan awak ni?”
          Sara balik lebih awal daripada biasa. Kereta Ray sudah ada di garaj. Bermakna, Ray sampai lebih awal daripadanya. Sara mencebikkan bibir. Kelihatan Ray sedang berehat di ruang tamu. Ray memicit-micit kepalanya. Sara mendekati Ray.
          “Aku sakit kepala sekarang. Kau masak bubur untuk aku,eyh. Bubur yang kau masak masa tu, sedap.” Ray memuji masakan isterinya.
          “Sedap? Bukankah awak tak biasa dengan masakan kampung?” sindir Sara.
          “Bubur tu mana ada makanan kampung. Orang bandar pun makan.”
          “Tapi, saya masak ikut cara kampung.”
          “Alah,tak kisahlah! Aku nak kau masak juga bubur untuk aku.” Ray masih memicit-micit kepalanya.
          “Yalah,yalah.” Sara berjalan malas nenuju ke dapur.
          Sebaik sahaja bubur masak, Sara terus membawanya kepada Ray.
          “Nah, bubur awak dah siap!” Sara membantu Ray untuk bangun.
          Sara menyuapkan suaminya bubur. Ray agak kurang berselera. Mungkin disebabkan demam, makanan yang ditelannya terasa pahit. Namun, dipaksanya juga untuk ditelan. Kasihan kerana isterinya sanggup memasak bubur untuknya walaupun baru sahaja pulang dari kerja.
          “Aku dah kenyang,” Ray menolak suapan yang ketiga.
          “Tapi, sikit je awak makan,” ujar Sara.
          “Aku dah kenyang.” Ray membaringkan kepalanya di bahu sofa.
          “Kalau macam tu, awak makanlah ubat ni dulu.” Sara mengarahkan suaminya untuk makan ubat.
          Selepas minum ubat, Ray terus baring di atas sofa. Sara pergi ke dapur sambil membawa mangkuk dan gelas yang telah digunakan Ray. Tidak lama kemudian, Sara keluar dari dapur membawa sebiji mangkuk besar dan sehelai tuala. Dahi Ray dilap perlahan-lahan.
          “Kenapa kau buat baik dengan aku?” suara Ray agak perlahan.
          “Saya  kan isteri awak. Memang dah kewajipan saya untuk jaga awak.” Sara memulas tuala kecil yang digunakan untuk mengelap dahi Ray tadi.
          “Tapi, aku selalu buat jahat dengan kau,” Ray memegang tangan Sara. sara terkedu.
          “Ray, boleh tak lepaskan tangan saya?” Sara cuba melepaskan tangannya.
          “I’m your husband. Tak suka ke?” usik Ray. Sakit pun masih sempat nak usik orang.
          Sara merasa janggal Ray memegang tangannya. Erina yang baru melangkah masuk memerhatikan mereka. jelingannya tajam. Dia mencebikkan bibir lalu mengatur langkah naik ke atas.
          Ray terus tertidur sebaik sahaja badannya berlabuh di atas tilam. Sara meletakkan sehelai tuala yang lembab di atas dahi Ray. Suhu badan Ray petang tadi lebih tinggi. Beralih malam, suhu badannya mulai menurun. Sara baring mengiring menghadap suaminya dan terlelap.
          Sudah tiga hari Ray tidak bekerja kerana demam. Setelah tiga hari berehat, Ray kembali bekerja seperti biasa.
          “Sara, hari ni kau pergi kerja dengan aku. Aku ada benda nak bincang dengan kau,” arah Ray. Sara menuruti arahan suaminya.
          “Apa yang awak nak bincang dengan saya?” Sara menyilangkan tangannya duduk bersebelahan dengan Ray di tempat duduk hadapan.
          “Aku tak suka kau selalu keluar malam. Nanti apa pulak orang cakap,kan?” muka Ray ketika itu agak bengis.
          “Alah, awak pun selalu keluar malam!” Sara merasa kurang senang dengan teguran suaminya.
          “Aku lain, aku ni lelaki. Kau tu perempuan. Aku boleh jaga diri,” tegas Ray.
          “Perempuan pun boleh jaga diri,” Sara tidak mahu mengalah.
          “Tapi, kau tak pernah beritahu aku ke mana kau pergi.” Ray melayang-layangkan tangannya.
          “Awak pernah beritahu saya ke awak keluar ke mana dengan kak Erina? Saya tak pernah tahu pun awak pergi mana.” Perasaan marah semakin membuak-buak. Muka Sara berubah menjadi merah padam.
          “Kalau tak tahu duduk diam-diam sudahlah! Tak payah nak menyibuk hal aku,” Ray mengangkat kening sebelah kanan.
          ‘Ok. Kalau macam tu, awak pun kalau tak tahu duduk diam-diam sudahlah.” Sara mengajuk kata-kata Ray seraya menjongketkan bahunya.
          Ray terus terdiam. Tidak mahu perbalahan mereka berpanjangan. Sara menarik muka masam. ray mengeluh berat. Ray menurunkan Sara di tempat kerja terlebih dahulu sebelu pergi ke pejabatnya.
          “Pukul berapa kau balik nanti?” Ray menyoal isterinya kerana waktu Sara pulang dari kerja tidak menentu.
          “Tengoklah nanti. Saya tumpang Maya atau Farid kot. Ataupun naik teksi.” Sara membuka pintu kereta.
          “Farid?” Tanya Ray. Sara mengangguk seraya mendaratkan kedua-dua kakinya.
          Tiba-tiba Ray merasa cemburu apabila isterinya menyebut nama seorang lelaki. Tanpa diketahuinya latar belakang lelaki itu. Manakan tidak, dia tidak pernah berkenalan dengan kawan-kawan Sara.
          “Sara, jadi tak malam ni?” Maya terus menemui Sara sebaik sahaja sahabatnya itu tiba di pejabat.
          “Of course! You tau tak, tadi suami I sound I. Dia tak suka I selalu keluar malam. Tapi, I lawan balik cakap dia,” Sara membuka cerita.
          “Kalau macam tu, kita tak payahlah keluar malam lagi. You tak boleh la selalu sangat lawan cakap dia. dosa tau,” nasihat Maya.
          “Itu I tahu. tapi, kalau I tak jawab makin galak la dia nak keluar malam-malam. Denga  isteri abang sendiri pulak tu.” kepalanya terangguk-angguk.
          “Suami you ni pun satu. Nak orang lain berubah, tapi diri sendiri tak berubah.” Maya kini menyebelahi kawannya.
          “Tahu pun. Jangan lupa, plan malam ni jadi.” Sara sempat berpesan sebelum Maya beredar dari pejabatnya.
          Maya mengangguk lalu memulas tombol pintu lalu membuka pintu perlahan-lahan. Farid menghampirinya.
          “Amacam? Jadi tak plan malam ni?” Farid teruja mahu mendengar jawapan Maya.
          “Jadi. You jemput I nanti, ok?” Maya menunjukkan jari telunjuknya ke arah Farid. Farid membuat isyarat ‘ok’.

          Sara bersiap-siap mahu keluar. Ray tidak senang duduk. Hatinya dilanda gelisah. Dia masih tertanya-tanya tentang gerangan lelaki yang bernama Farid.
          “Kau nak keluar dengan Farid?” Ray memberanikan diri untuk bertanya kepada isterinya.
          “Ha’ah! Saya keluar dengan Farid. Maya pun ada.” Sara sedang menyapu blusher pada mukanya.
          ‘Maya? Jangan-jangan dorang nak cover line supaya tak nam[paklah dorang tengah bercinta. Sebab ada orang lain yang ikut. Tak boleh jadi ni. aku kena ikut dia.’ ray nekad mahu mengikuti isterinya.
          “Apa kata aku ikut kau keluar dengan dorang?” Ray tidak mahu isterinya keluar dengan lelaki lain.
          “Nak ikut saya? Yakin ke? Kami makan kat pasar malam je. Awak bukannya suka pun makanan kat pasar malam.” Sara kenal benar perangai suaminya. Mahu makan di tempat eksekutif sahaja.
          “Mestilah yakin.” Ray menjawab acuh tak acuh. Sara menurut sahaja kehendak suaminya.
          “Kamu berdua nak pergi mana ni?” Datuk Hamid yang baru sahaja keluar dari dapur terus bertanya.
          “Nak keluar kejap,daddy. Kami minta diri dulu,” Ray dan Sara menyalami tangan Datuk Hamid.
          Datuk Hamid memerhatikan anak dan menantunya sehinggalah mereka hilang dari pandangan. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Erina yang sedang menuruni tangga merasa ganjil dengan gelagat bapa mertuanya.
          “Kenapa daddy senyum sesorang ni?” Erina bertanya lembut.
          “Tak ada apa. Ray dengan Sara tu hah.”
          “Kenapa dengan mereka?” senyuman di wajahnya mengendur.
          “Keluar sama. Pertama kali daddy tengok dorang keluar bersama.” Datuk Hamid kelihatan ceria. Erina diburu perasaan cemburu.
         
          Maya dan Farid berjalan menuju ke arah Sara dan suaminya. Mereka sedang berbual-bual. Muka Ray nampak masam. farid melambai-lambaikan tangan ke arah Sara. Sara tersenyum lebar sampai ke telinga. Ray turut memandang Farid.
          “Sorry, lambat! Anak dara sorang ni hah. touch up sana touch up sini. Tak habis-habis. Tak kuasa I,” Farid melakukan melentok-lentokkan jemarinya.
          “It’s ok. Duduklah. I nak kenalkan suami I. Ray. Ray, ni Maya ni Farid,” Sara memperkenalkan ketiga-tiganya.
          ‘Lah, aku ingatkan Farid tu gentlemen. Syukur!’ Ray menyambut huluran tangan Farid. Maya sekadar tersenyum. Kemudian berjabat tangan dengan Maya.
          “dah lama ke you berdua tunggu kami?” Maya bertanya kepada mereka.
          “Lama la juga. Ada la dalam 10 minit macam tu.” Sara berseloroh dengan kawan-kawanya. Ray tergelak kecil.
          Masing-masing memesan makanan. Ray sedikit kekok kerana belum pernah makan di pasar malam. Tapi, kalau kelab malam tu selalulah.
          “Awak nak cuba satay kat sini tak? Sedap,” Sara cuba memancing minat suaminya. Ray mengangguk perlahan.
          “You should try teh tarik mamak. Sedap giler,kau! Terliur mak,” Farid pula yang mencadangkan menu untuk Ray.
Ray hanya menuruti cadangan mereka. kalau teh tarik dan sate, memang dia pernah makan tapi, bukan yang dari pasar malam. Beberapa minit kemudian, makanan yang mereka pesan pun sampai. Sara dan kedua-dua sahabatnya kelihatan berselera. Ray tidak begitu berselera. Kerana tidak mahu yang lain terasa hati, Ray menyuap perlahan-lahan. Tiba-tiba sahaja dia berselera.
“Sedap ke?” Sara bertanya kepada suaminya yang kelihatan berselera menjamah makanan yang terhidang.
Sara, Maya dan Farid rancak berbual. Ray mendiamkan diri. tidak mahu menyampuk. Sate yang baru dirasanya itu sangat sedap. Ray memesan 10 cucuk sate lagi. Sara membiarkan sahaja suaminya melayan selera.
“Your husband ok je I tengok. Kita je yang dok pet pet pot pet. Dia diam je. Makan je kerja dia. untung you dapat suami macam ni,” Maya berbisik kepada Sara memuji Ray.
“Don’t judge the book by its cover!” Sara menasihati sahabatnya itu.
“Sara, kau bungkus sate untuk aku nanti. Sedaplah sate ni,” Arah Ray.
“Saya bukannya tuan punya gerai sate tu. awak pergilah pesan sendiri.” Sara memuncungkan bibirnya.
“Kau kan dah biasa dengan tuan gerai tu. kau je la yang pergi.” Ray tetap dengan arahannya.
‘Baru je I puji tadi,” Maya mengomel sendirian.
“Apa dia, Maya?” Sara dapat menangkap kata-kata Maya walaupun suaranya perlahan.
“Nothing!” Maya tersengih-sengih.
“Saya pesan, tapi awak bayar,” Sara terus berjalan menuju ke gerai sate yang dikatakan Ray. Ray menyusuli isterinya.
“Ok,” sahut Ray.
Maya dan Farid menghirup minuman merka dan menghabiskan makanan masing-masing yang masih tersisa.
“Fa. You rasa, Sara boleh ke tak pertahankan rumah tangga dia?”  Maya menongkat dagunya.
“Boleh. I yakin, Sara akan berjaya.” Farid seorang yang optimistik.
Sara dan Ray kembali ke meja mereka.
“Sara, I dengan Farid dah nak balik ni. you dengan hubby you dating la, eyh.” Maya tersgih-sengih selepas mengusik Sara.
“Dah nak balik?Kami pun dah nak balik.” Sara menyedut sedikit minuannya. barulah mereka beredar.
Ray menanti Sara di dalam kereta. Enjin kereta dipanaskan terlebih dahulu. Selesai berbual dengan Maya dan Farid, Sara menuju ke kereta Honda Camry milik Ray.
“Dah habis bercakap?” Ray menyindir isterinya.
“Sebenarnya nak cakap lagi. Tapi, memandangkan angin malam ni tak berapa nak baik, saya balik cepat-cepat.” Sara membalas sindiran Ray sambil tersengih-sengih.
“Sindir aku ke?” Ray terasa dengan kata-kata isterinya. Sara menjongketkan bahunya.
Ray terus memecut laju kenderaannya. Tapi, jalan yang mereka gunakan. Sara mula merasa risau.
“Awak nak pergi mana ni? bukankah jalan nak balik rumah kita arah sana?” Sara menunjukkan jari telunjuknya ke arah yang dikatakan.
“Aku tahu. aku saja nak bawa kau lepak kat tempat favourite aku,” Ray memandang kejap isterinya. Sara melopongkan mulutnya.
“Awak nak bawa saya pergi pub?” Sara terus dilanda kegelisahan.
“Takkan la aku nak bawa kau pergi pub. Aku tau kau mesti taknak pergi punya. Tempat yang aku nak bawa kau ni, special. Kalau pub tu biasa je,” Ray tidak mampu Sara terlalu bimbang.
Sara masih gelisah. Sebaik tiba di sebuah kawasan lapang Sara menjadi bertambah gelisah.
“Awak upah orang nak bunuh saya ke?” Sara mengesat peluh yang menitis di pipi.
“Turun je la. jom!” Ray tidak mahu menjawab soalan aneh isterinya. Sejahat dia, tidak terlintas langsung untuk membunuh isteri sendiri.
Pemandangan bandar raya KL dari atas sangat indah. Lampu-lampu hiasan menyinari seluruh bandar. Sara terpesona melihat pemandangan itu. Rambutnya beralun lembut ditiup angin. Sesekali, dia menyelitkan rambut yang mengganggu tumpuannya.
“Cantikkan?” Ray berdiri bersebelahan dengan isterinya. Sara memandang suaminya.
“Awak selalu pergi sini?” Sara kembali memandang panorama indah di hadapan matanya.
“Selalu. Dulu, masa mummy dan daddy ada krisis, aku selalu tenangkan fikirankat sini.”
“Krisis? Krisis apa?” Sara tidak pernah tahu tentang krisis yang dihadapi oleh mertuanya sebelum ini.
“Krisis sebab ada orang ketiga. Daddy ada perempuan simpanan. Mereka hampir bercerai. Nasib baik ada pak long. Dia yang tolong selesaikan masalah mummy dan daddy.” Ray segera menyeka air matanya yang bergenang di kelopak mata.
“Kalau awak nak nangis, awak nangis je la,” Sara menyedari cecair jernih yang bergenang di kelopak mata Ray.
“Takkan aku nak nangis depan perempuan. Tak macho la.”
“Taknak,sudah.” Sara berpeluk tubuh. Jaket tebal yang dipegangnya segera dipakai.
Ray menghamopiri Sara. dia memeluk isterinya dari belakang. Sara sanagt terkejut.
“Awak buat apa ni?” fikiran Sara menjadi kosong tiba-tiba.
“I love you. Dah lama aku nak cakap benda n, tapi aku malu nak cakap kat kau.” Ray masih belum melepaskan pelukannya.
“Habis tu, kenapa awak selalu marah-marah saya? Dari kecik awak tak pernah sukakan saya.” Sara tidak mempercayai suaminya.
Ray meleraikan pelukannya. Bahu Sara ditarik perlahan-lahan.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab aku cemburu tengok kau rapat dengan abang Zahid time kecik dulu. Dah masuk sekolah menengah, aku jumpa Erina. Aku suka dia sebab dia cantik. Aku pun tak tahu kenapa aku masih sukakan kau. Time aku form 5, kau form 4. Tiba-tiba je kau menghilang masa tu. kau pergi mana?” Ray akhirnya berterus-terang mengenai perasaannya.
          “Saya kat kampung. Mama dan papa hantar saya sekolah kat sana. Dorang tak pernah datang melawat saya sepanjang saya bersekolah di sana. Saya yang selalu melawat dorang. Sebab tu mereka tak pernah tahu saya belajar kat luar negara.” Sara mengukir senyuma. Ray menarik kedua-dua tangan Sara.
          “Patutlah. Kau tau tak. Time daddy cakap kat aku yang dia nak kahwinkan aku dengan kau aku jadi confused. Memang aku suka kau, tapi aku taknak jatuh cinta dengan kau. Sebab tu aku buat macam-macam yang boleh sakitkan hati kau. Sebab tu la aku terpaksa teruskan hubungan dengan Erina walaupun aku tau semua tu salah. I’m sorry!” Ray memandang dalam-dalam mata isterinya. Sara mulai menangis.
          “Kenapa awak nak minta maaf? Bukankah Erina tu cinta pertama awak? Your true love,” ujar Sara.
          “Aku nak minta maaf sebab dah banyak sakitkan kau. And Erina is not my true love. You are the one I need. Semakin aku sakitkan hati kau, semakin susah untuk aku lupakan perasaan aku pada engkau,” Ray menyeka air mata Sara. dia sendiri turut menangis.       
          “Did you know something?” Sara memandang suaminya.
          “What?” Ray mengerutkan dahi.
          “I love you too,” Sara tersenyum manis lalu memeluk suaminya. Ray mengucup lembut dahi isterinya.

          Hubungan Sara dan Ray sudah semakin baik. Erina merasa sangat cemburu. Zahid gembira melihat hubungan Ray dan isterinya bertambah baik. Begitu juga dengan ayah Ray. Datin Salma yang sentiasa menyokong Erina, tidak suka Ray berbaik dengan isterinya.
          “Abang, saya tak sukalah tengok Ray tu rapat sangat dengan bini dia tu. Perempuan tu depan suami dia bukan main lagi sopannya. Tapi, di belakang, haram.” Datin Salma sentiasa melihat Sara itu sebagai wanita yang bukan wanita baik-baik.
          “Budak tu tak buat salah pun kat awak. Buat apa la awak nak marah hubungan dia dan Ray dah baik sekarang ni?” Datuk Hamid tidak suka dengan perangai isterinya yang sentiasa mementingkan diri.
          “Memanglah. Disebabkan dia Erina jadi tak ceria sekarang ni. bercakap dengan saya pun dah kurang.” Datin Salma masih mempertahankan Erina.
          “Kita ni sebagai orang tua, tak boleh nak halalkan benda yang haram. Takkan awak merestui hubungan Ray dan Erina. Masing-masing dah ada pasangan. Awak sedarlah sikit,sal oi!” tegur Datuk Hamid.
          “Abang, kalau tak sebab abang kahwinkan Zahid dengan Erina dulu, dah lama dah Ray dan Erina kahwin,bang.” Datin Salma sentiasa mengungkit kisah lama. Walaupun tahu dia bersalah, dia tetap sahaja mendirikan benang yang basah.
          “Kalau macam tu, maksudnya awak melawan takdirlah,ya?” Datuk Hamid berusaha membetulkan pendirian isterinya.
          Ketika semua orang berada di bilik masing-masing, Erina menyelinap masuk ke dalam bilik Sara dan Ray. Memandangkan Sara masih belum pulang, Ray menunggu kepulangan isterinya di dalam bilik. Lain yang ditunggu, lain pula yang datang.
          “Kakak buat apa kat sini?” tanya Ray yang sudah membiasakan diri memanggil Erina dengan gelaran ‘kakak’.
          “Awak, saya tahu awak masih cintakan saya,kan?” Erina menarik tangan Ray. Ray segera melepaskan tangan Erina.
          “Kak, apa kakak buat ni? nanti isteri saya nampak apa pula dia cakap? Kakak balik la semula ke bilik kakak.” Ray benar-benar tidak suka diperlakukan seperti itu.
          Pergelutan berlaku. Erina tidak mahu melepaskan pelukannya. Ray terlanggar katil. Kedua-duanya terjatuh di atas tilam. Erina tertiarap di atas badan Ray. Pada masa yang sama, Sara baru sahaja masuk ke dalam bilik. Terbelalak matanya melihat suaminya bersama dengan Erina. Ray segera menolak Erina ke tepi dengan kasar.
          “Ray, apa awak buat ni? saya ingat awak dah berubah. Tapi...” Sara tidak mampu meneruskan kata-katanya dan terus beredar. Erina tersenyum senang.
          “Sara, tunggu! I can explain,” Ray segera mengejar isterinya.
          “Dah tak ada apa-apa yang awak perlu jelaskan. Saya nampak dengan mata saya sendiri. awak masih curang dengan saya,” Sara meninggikan suaranya. Dia berlari-lari menuruni tangga. begitu juga dengan Ray.
          “Sara, tunggu dulu! Biar aku explain kat kau. Aku tak buat apa-apa dengan Erina tadi.” Ray dapat menangkap tangan isterinya. Sara nmeronta-ronta mahu melepaskan tangannya.
          “Let me go!” Sara masih meronta-ronta.
          Ray tetap tidak mahu melepaskan tangan isterinya. Sara terus menampar Ray. Perlahan-lahan Ray melepaskan tangan Sara perrlahan-lahan. Nafas Sara turun naik menahan marah.
          “Serve your right!” Sara menolak kasar suaminya. Semua terjaga mendengar pertengkaran mereka.
          “Apa yang dah jadi ni?” tanya Datin Salma.
          “Ambik balik cincin ni. saya nak awak lepaskan saya,” bentak Sara. tersentak Ray dibuatnya. Sara terus keluar dari rumah.
          “Ray, apa yang dah jadi sebenarnya?” tanya Datuk Hamid lembut.
          “Dia nampak Ray dengan Erina dalam bilik, daddy. Tapi, Ray tak buat apa-apa pun dengan Erina. Percayalah, daddy!” Ray melutut di hadapan ayahnya.
          “Biarlah perempuan tu pergi, Ray. Banyak lagi perempuan kat luar tu. lepaskan je dia tu. dia yang minta,” ujar Datin Salma. Datuk Hamid menjeling tajam ke arah isterinya.
          “Kalau macam tu, awak nak saya pun ceraikan awak?” ugut Datuk Hamid.
          “Apa abang cakap ni?” Datin Salma menghampiri suaminya.
          “Saya takkan benarkan Ray ceraikan  Sara. ini muktamad!” tegas Datuk Hamid.
          “Ray pun takkan ceraikan Sara. Ray cintakan dia. Dari dulu lagi. Mummy, Ray takkan lepaskan isteri Ray. Dia satu-satunya wanita yang Ray cintai,mummy.” Ray menangis-nangis menjelaskan tentang perasaannya.
          “Sejak bila pulak Ray cintakan dia?” soal Datin Salma.
          “Dari dulun lagi mummy! She is his puppy love and true love. Lama dah Erina tahu. Tapi, Erina terlanjur mencintai Ray.” Erina menangis teresak-esak menceritakan segala-galanya.
          “Biarlah. Mummy tetap tak suka Ray bersama dengan perempuan tu.” Datin Salma terus berlalu naik ke bilik.
          Ray tidak berhenti menangis di dalam bilik. Foto dia bersam Sara ditatap puas-puas.
          “I will not let you go, Sara! never!” Ray mendengus kasar.
          Seminggu sudah berlalu. Sara masih belum pulang. Menghilang entah ke mana. Ray menjadi tidak terurus. Datin Salma bimbang melihat keadaan anaknya itu.
          “Ray, kenapa ni?” Datin Salma mengusap-usap rambut Ray.
          “Mummy, Ray rindukan Sara,” Ray meletakkan kepalanya di atas bahu ibunya.
          Datin Salma menjadi serba salah. Datin Salma menunggu suaminya pulang dari kerja. Ada sesuatu yang hendak dibincangkan.
          “Abang!”  Datin Salma menyapa suaminya yang baru pulang dari kerja.
          “Kenapa awak nampak risau ni, Sal?” Datuk Hamid menyedari wajah keruh isterinya.
          “Kita tanya abang long alamat kampung Sara. saya rasa dia balik kampung la, bang. Saya dah tak sanggup anak saya macam orang hilang arah.” Datin Salma menyatakan kerisauannya.
          “Tahu pun awak risau. Nantilah saya tanya abang long,” jawab Datuk Hamid.
          “Sekaranglah,bang,”
          “Awak ni, tunggulah saya rehat dulu,” Datuk Hamid merungut.
          “Ye la. Jangan lupa pulak nanti,” peringat Datin Salma.
          “Ya, saya tahu,” jawab Datuk Hamid sebelum naik ke atas.
         
          Datuk Hamid mengetuk pintu bilik Ray beberapa kali. Tidak lama kemudian, Ray membuka pintu. Datuk Hamid mengukir senyum.
          “Ray, nak jumpa Sara” Datuk Hamid memandang anaknya itu. Ray hanya mengangguk
          “Kalau macam tu, esok kita pergi kampung Sara. Pak long kamu ada bagi alamat kampung Sara tadi. Daddy dan mummy dah bincang dengan family Sara, mereka pun nak ikut sama. Keluarga pak long pun nak ikut. Nak jumpa bakal menantu.” Datuk Hamid memandang wajah Ray yang semakin keruh.
          “Kenapa cepat sangat nak kahwinkan Sara. Ray belum ceraikan dia lagi,” air matanya mengalir deras.
          “Bukan Sara. kakak dia, Sakinah. Apa la budak ni!” Datuk Hamid menepuk-nepuk bahu Ray. Anaknya itu tersenyum lebar.
          “Mummy tak kisah ke?” senyumannya kembali mengendur.
          “Dia la yang suruh daddy tanya alamat kampung Sara daripada pak long,” kata Datuk Hamid. Wajah Ray kembali ceria.
          Ray dan ayahnya saling berpelukan.
          Ray dan keluarganya bertolak awal dari rumah. Disusuli keluarga Sara dan Tan Sri Rashid. Mereka berkumpul terlebih dahulu sebelum bertolak. Keluarga Tan Sri Rashid mengetuai rombongan. Sampai sahaja di kampung Sara, keluarga Sara yang mengetuai. Iwan dan Faiz yang sedang duduk di atas tangga terpekik-pekik memanggil ibu mereka.
          “Ibu, ada orang datang,” panggil Iwan.
          “Kereta besar,bu,” tambah Faiz.
          “Mana?” tanya Mak Temah. Iwan dan Faiz menjuihkan bibir mereka ke arah tiga buah kereta di halaman rumah mereka. Ray orang pertama yang keluar dari kereta. Dia tersenyum memandang Mak Temah. Mak Temah dan kedua-dua anak terunanya saling berpandangan.
          “Encik ni siapa? Nak cari siapa?” tanya Mak Temah.
          “Ada apa ni, bu?” Nazim bertanya kepada ibunya yang tercegat di ambang pintu bersama adik-adiknya.
          “Ibu pun tak tahu, Zim,” Mak Temah menjongketkan bahunya.
          “Mak Temah.” Datin Mariam menanggalkan kaca mata hitamnya.
          “Datin. Ada apa datang ni?” Mak Temah melemparkan senyuman. Datin Mariam turut tersenyum.
          “Ini la menantu Mak Temah. Dia nak jumpa Sara. Sara ada kat rumah?” tanya Datuk Mazlan.
          “Sara pergi sawah dengan Kikin tadi.” Keyra lekas menjawab. Cinta lamanya ada di depan mata. Zahid. Masing-masing tersenyum. Nazim agak cemburu.
          “Dia ada kat sawah?” Ray terus mngatur langkah mahu mencari Sara.
          “Salamlah keluarga mertua dulu,” tegur Datuk Hamid. Muka Ray merona kemerahan kerana menahan malu.
          Belum sempat hendak ke sawah, Sara dan Sakinah pun sampai. Ray tersenyum melihat wajah kesayangan yang sudah lama tidak ditatapnya. Sara berpaling ke arah lain. Razif menghampiri Sakinah. Tan Sri Rashid menyedari tindak tanduk anak teruna tunggalnya itu.
          “Amboi, Zif! Anak dara orang tu. Jangan dekat-dekat sangat,” usik Tan Sri Rashid. Razif dan Sakinah merasa malu dengan usikan Tan Sri Rashid. Ketawa mereka terburai.
          “Silalah naik,” pelawa Mak Temah. Kehadiran para tetamu disambut mesra oleh keluarga Mak Temah.
          Ray mendekati Sara yang masih tercegat di halaman rumah. Sara hendak melarikan diri. tapi, Ray menahannya.
          “Will you listen to my explaination?” Ray masih memegang tangan Sara.
          “I don’t need your explaination. Pergilah pada Erina,” Sara merentap kasar tangannya. Tangannya disilangkan. Ray merapatkan diri dengan isterinya.
          “Trust me. Aku tak buat apa-apa pun dengan Erina masa tu.”
          “Habis tu, kenapa dia baring atas badan awak? Tak ada apa-apa konon.” Sara masih membelakangi Ray.
          “Kau nak aku buat apa supaya kau percayakan aku?” Ray rela menerima apa sahaja hukuman daripada isterinya. Sara berpaling memandang suaminya.
          “Saya taknak percayakan awak. Saya sanggup ubah penampilan dan perwatakan saya semata-mata untuk awak. Untuk jaga rumah tangga kita. Tapi, apa awak buat? Awak hancurkan hati saya. Saya tak tahulah kenapa saya boleh jatuh hati pada awak. Saya menyesal cintakan awak.” Sara tidak mempedulikan suaminya. Dia berjalan sahaja melepasi suaminya. Ray menarik tangan Sara.
          “Kau cintakan aku? Kalau macam tu, baliklah dengan aku,” Ray memujuk isterinya. Sara mengesat air matanya.
          Razif dan Sakinah memerhatikan mereka sementara yang lain sedang rancak berbual.
          “Dah macam cerita hindustan dah saya tengok,” komen Razif.
          “Kalau saya merajuk nanti, nak ke awak pujuk saya macam Ray pujuk Sara?” perli Sakinah.
          “Saya akan jaga hati awak. Kalau awak merajuk, saya cari lainlah,” seloroh Razif. Sakinah memulas telinganya.
          “Belum kahwin awak dah nak cari lain,” rajuk Sakinah.
          “Kikin, belum kahwin lagi jangan sentuh-sentuh.” Nazim sengaja mengusik mereka berdua.
Nazim turut menyertai mereka memerhatikan Sara dan Ray. Keyra turut serta. Kandungannya semakin membesar. Sudah enam bulan dia hamil. Anak pertama.
“Memang saya cintakan awak. Tapi, awak tak pernah sedar pun,” jawab Sara. suaranya terketar-ketar kerana sedang menangis.
“Aku pun cintakan kau. Baliklah dengan aku,” Ray masih memujuk isterinya.
Perlahan-lahan Ray menarik Sara ke dalam dakapannya. Tangisan Sara semakin deras. Ray mengusap-usap rambut isterinya. Sara mendakap erat suaminya.
“Kau setuju balik dengan aku?” lembut suara Ray bertanya kepada Sara.
Tiada seorang pun yang perasan tentang kehadiran Iwan dan Faiz.  Nazim mengerutka dahi ketika terpandang kelibat mereka. Iwan dan Faiz yang tersengih-sengih segera masuk ke rumah. Kesemuanya kembali masuk ke dalam rumah membiarkan Sara dan Ray bersendirian.
Orang tua masing-masing termasuk Tan Sri Rashid dan isterinya Puan Sri Khatijah menunggu penuh debaran. Masing-masing menanti keputusan yang diperoleh hasil daripada perbincangan Ray dan Sara. sebaik sahaja kedua-duanya muncul mereka terus berdiri. Ray menggenggam erat tangan isterinya.
“Macam mana?” Mak Temah sudah tidak sanggup menanti.
“Sara taknak berpisah dengan Ray,” jawapan Sara membuatkan semua yang ada di situ gembira.
“Sara, mama nak minta maaf sebab tak pernah peduli pasal Sara,” Datin Mariam memeluk anak perempuan yang tidak pernah diiktirafnya itu.
“Sara dah lama maafkan mama, papa dan abang Bad,”Sara memandang wajah ketiga-tiganya satu-persatu.
“Sara tak pernah berdendam dengan kami?” Badrol menyoal adiknya.
“Tak, bang. Sara Cuma nak rasa betapa manisnya bahagia itu. Sara tak pernah berdendam dengan sesiapapun.” Sara mengusutkan rambut abangnya. Badrol membalas dengan mengusutkan rambut Sara.
“Semua dah selesai. Hal Razif dan Sakinah je yang belum selesai,” ujar Puan Sri Khatijah seraya tersenyum.
“Lupa pulak pasal dorang. Tan Sri dan Puan Sri dah ada tarikh yang sesuai ke?” Mak Temah bertanya kepada bakal besannya.
“Tak perlulah panggil macam tu. panggil nama je. Jah ke, Katty ke, Tijah ke. Lagipun kita dah nak berbesan. Janggal pula kalau dipanggil macam tu. macam orang luar je,” Puan Sri Khatijah lebih selesa jika bakal besannya tidak memanggilnya dengan gelaran Puan Sri.
“Ye la.Bila tarikh yang sesuai?” Mak Temah kekal dengan soalannya tadi.
“Saya rasa, elok kita buat majlis pernikahan mereka bulan depan. Mereka dah bertunang. Tak elok tunang lama-lama. Lebih baik kita cepatkan perkara yang baik.” Tan Sri Rashid menyatakan cadangannya.
Razif dan Sakinah tersipu-sipu malu. Razif mengenyitkan mata kepada Sakinah. Iwan dan Faiz menyedari gelagat bakal abang mereka. kedua-duanya menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Razif menekup mulut supaya tiada orang yang perasan dia sedang tersenyum.
“Kakak ikut aje. Mana yang baik itulah yang kita buat,” Mak Temah tidak cerewet tentang tarikh pernikahan Sakinah Dan Razif.
Kata sepakat telah dicapai. Tarikh pernikahan Sakinah dan Razif telah ditetapkan. Tiada sebarang bantahan daripada kedua-dua belah pihak.
Pada tanggal 14 September 2014, Sakinah dan Razif selamat diijabkabulkan. Mak Temah sangat bersyukur kerana kedua-dua anak gadisnya bertemu dengan jodoh yang baik.
“Ibu, nanti Iwan dan Faiz sekolah kat sinilah. Biar Ray yang tanggung perbelanjaan persekolahan dorang. Sebagai tanda terima kasih Ray sebab dah jaga Sara dulu.” Ray benar-benar ikhlas mahu membantu persekolahan Iwan dan Faiz.
“Ibu macam mana?” Mak Temah mengerutkan dahi.
“Ibu tinggallah dengan kami. Saya dan Sara dah beli rumah baru. Hujung minggu kita baliklah kampung. Boleh ya,bu?” Ray merayu kepada ibu mertuanya.
“Ayam itik semua tu, siapa nak jaga?” Mak Temah sebenarnya segan dengan menantunya itu.
“Tak apa. Abang Amir kan ada. Nanti, kita bagilah dia upah. Ibu tinggal sini dengan kami,ya?” Sara pula yang merayu.
“Mak dengan ayah dia setuju ke nanti?” Mak Temah keberatan mahu meninggalkan kampung.
“Tak apa. Sara boleh uruskan. Kita tunggu sampai hujung tahun ni. biar Wan dan Faiz habis sekolah kat kampung dulu, barulah kami bawa ibu dan dua orang tu pindah sini. Daftar terus tahun depan. Kalau tahun ni masih alang-alanglah,bu. Masih banyak masa lagi nak pujuk abang Amir.” Sara bermanja-manja dengan ibunya. Mak Temah terpaksa akur.
“Sara, Ira dah nak ada anak. You bila lagi?” Farid mengusik Sara. ray dan Sara menggaru-garu kepala.
“You dah makan?” Sara sengaja mengubah topik perbualan.
“Saja je nak ubah topik. Mak Mah tengoklah dorang ni. asyik mengelak je kerjanya bila kita tanya pasal anak,” Ray melajukan kipasannya. Kipas Cina di tangannya memberi sedikit keselesaan terutamanya ketika cuaca panas.
“Kalau ada rezeki, tahun depan mungkin kami dah tak berdua je. Mungkin bertiga,” seloroh Ray. Sara mencubit manja suaminya. Ray mengaduh.
“Amin. Ibu ni pun dah tak sabar nak timang cucu.” Mak Temah tergelak kecil.
Farid sengaja menyergah Mak Temah kerana Mak Temah mudah latah. Maya menegur Farid yang selalu mengusik Mak Temah.
“You ni tak baik la usik Mak Mah macam tu,” tegur Maya seraya memeluk Mak Temah.
“Korang bila nak kahwin?” Ray sentiasa bertanya soalan itu.
“I taknak kahwin. Biarlah I membujang sampai ke tua. Anak dara sebelah I ni dah ada kumbang yang menyuntingnya. Dia pun dah setuju.” Farid berterus-terang kepada mereka. Maya terdiam.
“That’s good! Congratulation,Maya!” ucap Sara. maya tersipu-sipu malu.
Majlis perkahwinan Razif dan Sakinah berjalan dengan lancar. Mak Temah mengalirkan air mata. Sukar untuk dia melepaskan Sakinah. Sakinah turut menangis memeluk ibunya. Suasana hiba menyelubungi. Mak Temah tetap gembira kerana mahu melihat anak-anaknya bahagia.
         
SETAHUN KEMUDIAN
          Sebuah katil bayi berada bersebelahan dengan Sara. Seorang bayi lelaki berada di dalam katil itu. Dia sedang nyenyak tidur. Usianya sudah genap 3 bulan. Ray menghampiri katil bayi itu. Pipi gebu bayi itu dielus lembut. Terasa bahagia saat melihat anaknya itu.
          “Dia dah bangun?” Sara menerpa suaminya dari belakang. Tetapi suaranya diperlahankan bimbang bayi mereka terjaga.
          “Kau ni, terkejut aku dibuatnya. Tengok tu, kan Keil dah bangun,” tegur Ray. Sara menekup mulutnya.                
          “Sorry! Keil, mama was so sorry! Mai sini mama dukung,” Sara terus mendukung anaknya.
          “He’s so cute.” Ray memuji kecomelan anaknya.
          “Yeah, just like me when I was a baby,” Sara memuji diri sendiri. ray mencebik bibir.
          “Keil, besar nanti jangan jadi perasan macam mama,ok?” Sara menampar manja bahu Ray. Keil tersenyum memandang ibu dan ayahnya.
Sara dan Ray mengucup pipi gebu anak mereka. sinar bahagia jelas terpancar di mata masing-masing. Hasil perkongsian hidup selama 2 tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Anugerah terindah yang diberikan kepada mereka. hidup mereka dirasakan sungguh sempurna dengan kehadiran Keil.

Kini, Sara merasa sungguh bahagia. Di samping mempunyai seorang anak, dia juga mempunyai dua orang ibu yang amat menyayanginya. Mak Temah dan Datin Mariam.
Hubungan dia dengan keluarga kandungnya sudah semakin baik. Keluarga mertuanya juga baik terhadapnya. Farid dan Maya tetap menjadi sahabat terbaiknya. Ray tidak menghalang Sara untuk bekerja. Badrol kini sudah berkahwin dengan seorang pramugari. Keluarganya telah bersatu. Kebahagiaan yang diimpikannya selama ini, akhirnya tercapai! Sakinah dan Razif sudah mempunyai seorang anak. Nazim pula akan menimang cahaya mata yang kedua tidak lama lagi.
Terbukti bahawa, dendam bukanlah penyelesaian untuk segala-galanya. Sara ikhlas mahu mengukuhkan rumah tangganya. Dia ingin bahagia. Akhirnya, dia berjaya kerana keikhlasannya.
~TAMAT~
12.07.2014
0805 a.m.

P/S: aku c&p dari cerpen lama aku